Pages

Apa itu Coenzyme Q10?

Saturday, January 13, 2018

Sebelum kita mengetahui kelebihan CoQ-Trol Plus Shaklee, kita perlu faham dulu mengenai Coenzyme Q10.

Apa Itu Coenzyme Q10?

Coenzyme Q10 atau lebih mudah sebagai CoQ10 adalah komponen penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria iaitu stesen janakuasa sel. Setiap sel mempunyai mitokondria nya tersendiri.

CoQ10 berada paling tinggi dalam sel otak, jantung dan hati. Ia bertindak menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang akan dipakai sepanjang hari.
Ia juga adalah antioksida yang berkesan dan melindungi sel dari rosak akibat daripada radikal bebas. 



Apa Fungsi CoQ10 Kepada Tubuh Badan?

1) Tenaga yang berkekalan
Kandungan CoQ10 yang tinggi akan menghasilkan tenaga yang lebih tinggi kepada sel tubuh badan. Ini akan membantu untuk:
- meningkatkan kekuatan otot
- mempercepatkan pemulihan luka.

2) Peredaran darah yang sihat
CoQ10 lebih banyak tertumpu kepada organ yang menggunakan tenaga yang banyak seperti jantung.
Peningkatan CoQ10 akan dapat membantu:
- menguatkan otot-otot jantung
- menyokong fungsi jantung yang sihat
- meningkatkan  paras tenaga untuk sesiapa yang mengambil Statin.


3) Sistem reproduksi yang sihat
CoQ10 adalah antioksida yang kuat melawan tindakbalas oksidatif.Ia juga membantu untuk meningkatkan tenaga di dalam sperma dan ovum.
Pengambilan CoQ10 akan membantu:
- meningkatkan jumlah sperma yang sihat
- meningkatkan pergerakan sperma
- meningkatkan kualiti ovum


4) Kulit yang berseri
CoQ10 juga terdapat di luar permukaan kulit dan melindungi dari sinaran UV yang merbahaya.
Ia turut membekalkan tenaga untuk sel rosak memperbaiki diri sendiri supaya sentiasa kekal berseri dan awet muda.
Pengambilan CoQ10 akan membantu:
- menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan
- meningkatkan tekstur kulit


5)Meningkatkan fungsi kognitif
CoQ10 dapat membantu untuk mengurangkan risiko pembentukan amiloid (punca utama alzhemeir)
CoQ10 juga turut membantu:
- menjana fungsi otak yang sihat
- meningkatkan fokus dan fungsi sel otak

 Keperluan Harian Coenzyme Q10 Anda!

Badan memerlukan sel-sel dan nutrien untuk berfungsi secara normal.
Setiap sel mempunya mitokondria nya yang tersendiri untuk menghasilkan tenaga dan ia memerlukan satu nutrien Coenzyme Q10.

Badan kita boleh menghasilkan CoQ10 nya tersendiri, namun bermula dari umur awal 20-an, penghasilannya akan merosot disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- pemakanan yang rendah nutrien
- pemakanan tinggi gula dan lemak
- pencemaran persekitaran
- kurang bersenam

Apabila tubuh badan kekurangan CoenzymeQ10, kita akan menjadi lesu, mengantuk dan mudah letih.
 



Berapa CoQ10 Yang Diperlukan Tubuh?

100 mg CoQ10 dapat memberikan pelbagai manfaat kepada badan.
Orang dewasa seawal 20-an akan mengalami kesukaran menghasilkan CoQ10 terutama yang mengamalkan Statin, ubat menurunkan kolestrol. Statin akan menurunkan paras CoQ10 hampir 40%!

Sumber  Makanan CoQ10.

Untuk mendapatkan 100mg CoQ10 secara semulajadi, anda perlu mengambil:



Semestinya pengambilan supplemen adalah cara yang paling mudah untuk memastikan tubuh badan kita mendapat Coenzyme Q10 yang mencukupi.

Di dalam entri seterusnya saya akan menerangkan kelebihan CoQ-Trol Plus Shaklee dan bagaimana ia dapat membantu tubuh anda mendapat khasiat CoQ10 secara optimum.

untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara

khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS