Pages

Punca Sakit Sendi Lutut Di Kalangan Warga Emas

Friday, April 20, 2018

Masalah sakit lutut ni memang dah biasa di kalangan kita kan, terutamanya untuk golongan yang berusia. Selalu kita mendengar ibu bapa mengeluh tentang lutut mereka yang semakin lemah sehingga menggangu aktiviti harian mereka. Ada yang terpaksa menggunakan tongkat atau hanya tinggal di rumah sahaja akibat pergerakan yang semakin terbatas. Sebagai anak, pastinya ini akan membuatkan kita berasa sedih melihat ibu bapa yang dulunya aktif namun kini makin susah untuk berjalan.
Mari kita lihat apakah punca yang menyebabkan golongan berusia sering mengalami kesakitan di lutut  dan apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk merawatnya.


Apa itu Osteoarthritis

Sakit lutut atau dalam bahasa perubatan disebut sebagai Osteoarthritis. Ia adalah keadaan di mana sendi-sendi terasa sakit, kaku dan bengkak.
Osteoartritis merupakan salah satu jenis arthritis (keradangan sendi) yang paling sering terjadi.



Punca Osteoarthritis

Penyebab utama osteoarthritis ialah kemerosotan tulang rawan. Rawan berfungsi untuk mengurangkan geseran pada permukaan di antara dua batang tulang yang menyentuh. Jika tulang rawan mengalami kemerosotan, permukaannya akan menjadi lebih kasar, lalu menghasilkan lebih geseran dan mengakibatkan kesakitan dan kaku sendi.

Penyebab kepada kemerosotan tulang rawan adalah disebabkan oleh: 
  • Usia - risiko terkena sakit lutut ini akan meningkat seiring dengan pertambahan usia, terutamanya selepas 50 tahun
  • Jantina - golongan wanita lebih berisiko terkena osteoarthritis berbanding lelaki. 
  • Kecederaan pada sendi - sendi yang pernah tercedera lebih mudah terkena penyakit ini. 
  • Obesiti - berat badan yang berlebihan akan menambahkan beban kepada sendi sehingga berisiko terkena osteoarthritis. 
  • Keturunan - penyakit ini boleh diwarisi melalui faktor genetik
  • Menghadapi masalah penyakit sendi
  • Kecacatan tulang - seperti pada tulang rawan 
  • Aktiviti fizikal atau pekerjaan - membuatkan tekanan yang berlebihan kepada sendi

Gejala Osteoarthritis

Gejala penyakit ini akan merebak secara perlahan-lahan dan menjadi semakin teruk mengikut peredaran masa. Antara gejala-gejala penyakit ini adalah seperti:
  1. Kesakitan sendi atau sendi sukar digerakkan terutamanya ketika bangun tidur. 
  2. Terdapat bunyi apabila sendi digerakkan
  3. Otot menjadi lemah
  4. Kelenturan sendi berkurangan
Jika anda mengalami gejala-gejala seperti di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera.

Merawat Sakit Lutut Secara Semulajadi

1) Berehat dan bersantai
- berehat dan bersantai penting untuk menggalakkan kesihatan yang baik dan mengurangkan kesakitan. Pastikan juga tidur yang mencukupi untuk kesihatan yang menyeluruh


2) Terapi panas atau sejuk
- Anda boleh menggunakan pelapik panas untuk merehatkan lutut dan membantu sendi menjadi kendur. Pelapik panas membantu menenangkan otot dan meningkatkan pengaliran darah. 
- Selain itu penggunaan pelapik sejuk pula membantu untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Anda boleh membalut pek sejuk di sekeliling lutut.

3) Terapi fizikal / fisioterapi
- Ahli terapi dapat membantu pesakit untuk membuat program senaman yang bersesuaian seperti urutan dan sebagainya.


4) Menggunakan tongkat
- Tongkat atau alat sokongan yang lain dapat memastikan tiada tekanan yang berlebihan kepada lutut.
5) Berat Badan Yang Ideal
- Ini adalah langkah yang paling terbaik kerana berat badan yang berlebihan akan menambahkan tekanan pada sendi yang menyebabkan sakit lutut. Jika pesakit adalah obesiti, kehilangan 5% dari berat badan dapat melegakan tekanan pada lutut. 
6) Senaman
- Senaman sendi dan otot adalah penting untuk memperbaiki kekuatan dan kelenturan sendi. 
- Senaman boleh mengurangkan sakit, meningkatkan pergerakan, mengurangkan keletihan dan membuatkan anda kelihatan lebih bagus. 
- Senaman yang bagus untuk pesakit lutut adalah berjalan dan berenang.


7) Garam Epsom
- Garam epsom mengandungi magnesium sulfat yang boleh memberi kelegaan sakit lutut. 
- Caranya  ialah dengan menambah setengah cawan garam epsom ke dalam air mandian yang suam dan kacau hingga hancur. Kemudian rendamkan lutut yang sakit selama 15 minit. Ulang beberapa kali dalam seminggu.


8) Halia
- Halia adalah ubat yang berkesan untuk menghilangkan sakit lutut kerana mengandungi sifat anti-radang. 
- Caranya adalah dengan menghancurkan satu keping halia yang kecil dan masukkan ke dalam secawan air dan didihkan selama 10 minit. Tapis camouran dan tambahkan sedikit madu.  Minum 2-3 cawan air halia ini setiap hari sehingga sakit lutut berkurangan.


Perkara Yang Perlu Dielakkan

Terdapat beberapa aktiviti yang perlu dielakkan seperti :
  • Menaiki tangga secara berlebihan
  • Sukan yang berat seperti berjoging dan aerobik
  • Stress yang boleh menjejaskan kesihatan secara keseluruhan
  • Membengkok lutut atau melutut terlalu lama
  • Mengangkat atau menolak objek berat
  • Duduk di atas kerusi yang rendah. 

Kombinasi Vitamin Untuk Masalah Sakit Lutut 



1) VIVIX 
Mengandungi resveratrol yang sangat membantu dalam merawat masalah sendi lutut:
  • Mengekalkan fungsi dan struktur sendi
  • Memperbaiki tisu dan struktur sendi
  • Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi 
  • Mengatasi masalah keradangan, memperbaiki DNA dan menghalang sel dari rosak
2)  OMEGA GUARD
Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak Omega 3. Asid lemak ini sangat penting untuk tubuh badan namun ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan.
Asid lemak Omega 3 mengandungi DHA dan EPA. Ianya dapat membantu mengurangkan keradangan, masalah yang menyebabkan bengkak dan kesakitan.

3) OSTEMATRIX
Ostematrix adalah pembekal kalsium yang penting untuk tulang, otot dan ligamen. Ia juga mengandungi Magnesium dan Vitamin D yang diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium yang lebih ke dalam tubuh badan.

4) COLLAGEN POWDER
Kolagen adalah komponen utama tisu penghubung di dalam badan. Ia terdapat pada kulit, otot, tendon dan lain-lain. Kolagen diperlukan bagi memperbaiki dan menyelenggara tisu lembut di sekitar sendi. Selain itu kolagen juga mampu untuk:
  • Menyokong pergerakan supaya lebih stabil
  • Memberikan flexibility kepada sistem sendi dan tulang
  • Mengurangkan sakit belakang

Testimoni Mereka Yang Berjaya Melegakan Sakit Lutut Dengan Shaklee


 




Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ini?

Untuk membuat pembelian secara terus menggunakan kad debit/kredit, sila klik butang E-SELL di bawah:
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=8037ca59ed714886d7f271e04a4864fb



untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.




No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS