Pages

Punca Tumit Pecah dan Cara Merawatnya

Thursday, April 5, 2018

Masalah kulit tumit pecah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira lelaki mahupun wanita. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh laman kesihatan Healthline, hampir 20% manusia menghidapi masalah ini terutamanya golongan wanita.

Walaupun masalah ini tidak menjejaskan kesihatan, namun ia akan memberi kesan kepada penampilan seseorang terutamanya yang gemar memakai sandal.

Mari kita lihat apakah punca dan gejala serta cara-cara merawat masalah tumit pecah ini dengan berkesan. 


Punca Kulit Tumit Pecah

Apabila masalah ini terjadi, ia memberi isyarat bahawa badan kita tidak mendapat bekalan air yang secukupnya menyebabkan bahagian tumit kaki turut kehilangan kelembapan
Namun terdapat juga faltor-faktor lain yang menyebabkan masalah ini, iaitu:
  • kaki sering terdedah kepada suhu sejuk seperti bilik berhawa dingin
  • design kasut yang tidak sesuai dengan saiz kaki, ketat atau kurang selesa
  • mempunyai masalah kulit seperti eczema , psiriosis atau masalah kulit yang lain
  • merendam kaki dalam air panas dengan kerap
  • pemakaian sabun yang mengeringkan kulit
  • alah kepada simen lantai
  • masalah kencing manis/diabetes
  • masalah berat badan/obesiti yang memberi tekanan kepada kaki
  • terdedah lama kepada sinaran matahari
  • diet kurang seimbang akibat kekurangan vitamin dan mineral seperti zinc, asid lemak omega 3, kalsium, iron, vitamin A dan Vitamin E dalam badan.

Tanda-tanda Awal Kulit Tumit Pecah  

1) Kulit menjadi merah dan bersisik
- Tanda awal yang perlu diberikan perhatian untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk.
- Kulit kering lebih berisiko kepada jangkitan dan sangat penting untuk diatasi

2) Kulit mengelupas
- Kulit yang mengelupas dan pecah-pecah adalah petanda awal kulit akan merekah. Pastikan jangan menarik kulit mengelupas ini untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk. Jika perlu, gunakan pencukur kecil untuk memotongnya dengan berhati-hati.

3) Kulit menjadi gatal
- Kulit menjadi gatal disebabkan ia akan mengurangkan lapisan kulit atas yang kering. Pengurangan ini akan menyebabkan kulit di lapisan bawah dan bahagian tumit yang terkena meregang dan menjadi gatal serta tidak selesa.

4) Kulit berdarah
- Apabila berlaku pendarahan dari retakan tumit, ia menunjukkan bahawa keretakan sudah menembusi hinggan ke lapisan bawah kulit
- Ini adalah masalah yang serius kerana boleh mengakibatkan risiko jangkitan kulit di tumit kaki.
- Retakan tumit yang pecah dan berdarah akan menyebabkan kesakitan apabila berjalan.

Cara Merawat Tumit Pecah

1) Losyen Kulit
Ini adalah cara yang paling mudah untuk dilakukan. Sentiasa menyapu losyen di tapak kaki terutamanya kawasan tumit untuk mengelakkan ia menjadi kering.
Sebaiknya pilih losyen yang berunsurkan organik dan tidak mengandungi terlalu banyak bahan kimia.


2) Minyak
Selain losyen kulit, anda juga boleh menggunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun dan minyak kelapa.
Minyak yang disapu ke kulit akan mudah meresap dan mampu mengekakan kelembapan kulit.


3) Lemon & Garam
Lemon dapat menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit dan garam dapat mengelakkan jangkitan pada luka dan rekahan kulit.
Caranya dengan merendam kaki ke dalam air suam yang dicampurkan lemon dan garam.


4) Tepung Beras dan Madu
Madu berfungsi untuk memberikan kelembapan pada kulit, manakala tepung beras pula membantu menghapus rekahan dan kulit kering.
Caranya : campurkan kedua-dua bahan sehingga menjadi pes dan gosokkan (scrub) pada tumit kaki. 

5) Gosok Dengan Batu Apung
Campurkan cuka ke dalam air suam dan rendam kaki selama beberapa minit. Cuka dapat menghilangkan bau kaki dan mencegah jangkitan.
Kemudian ambil batu apung dan gosokkan pada tapak kaki dengan lembut supaya kulit yang mati dapat tertanggal. Batu apung ini boleh dibeli di kedai farmasi.


6) Asam Keping / Asam Jawa
Rendam beberapa keping asam keping ke dalam besen yang berisi air suam. Rendam kaki di dalamnya selama beberapa minit.
Selain itu anda boleh melunturkan asam jawa ke kaki dan rendamkan kaki ke dalam air suam untuk membilasnya.



Bagaimana Shaklee Membantu?


ESP
  • membekalkan protein kepada tubuh badan
  • protein berfungsi untuk pembentukan sel kulit yang baru dan lebih sihat
  • membantu mengawal berat badan dan memberi rasa kenyang yang lebih lama
  • memudarkan parut lama dan menghalang rekahan kulit baru
Herbal Blend
  • krim pelbagai guna untuk melembapkan kulit, mengurangkan kegatalan, ruam lampin dan sebagainya
  • boleh dijadikan sebagai losyen harian
  • sapukan herbal blend pada kulit kaki yang merekah dan pecah, kulit akan kembali menjadi lembut. 

Testimoni









Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ini?
Untuk membuat pembelian secara terus menggunakan debit/kredit kad, sila klik butang E-Sell di bawah:




untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.



No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS