Pages

Punca Sakit Sendi Lutut Di Kalangan Warga Emas

Friday, April 20, 2018

Masalah sakit lutut ni memang dah biasa di kalangan kita kan, terutamanya untuk golongan yang berusia. Selalu kita mendengar ibu bapa mengeluh tentang lutut mereka yang semakin lemah sehingga menggangu aktiviti harian mereka. Ada yang terpaksa menggunakan tongkat atau hanya tinggal di rumah sahaja akibat pergerakan yang semakin terbatas. Sebagai anak, pastinya ini akan membuatkan kita berasa sedih melihat ibu bapa yang dulunya aktif namun kini makin susah untuk berjalan.
Mari kita lihat apakah punca yang menyebabkan golongan berusia sering mengalami kesakitan di lutut  dan apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk merawatnya.


Apa itu Osteoarthritis

Sakit lutut atau dalam bahasa perubatan disebut sebagai Osteoarthritis. Ia adalah keadaan di mana sendi-sendi terasa sakit, kaku dan bengkak.
Osteoartritis merupakan salah satu jenis arthritis (keradangan sendi) yang paling sering terjadi.



Punca Osteoarthritis

Penyebab utama osteoarthritis ialah kemerosotan tulang rawan. Rawan berfungsi untuk mengurangkan geseran pada permukaan di antara dua batang tulang yang menyentuh. Jika tulang rawan mengalami kemerosotan, permukaannya akan menjadi lebih kasar, lalu menghasilkan lebih geseran dan mengakibatkan kesakitan dan kaku sendi.

Penyebab kepada kemerosotan tulang rawan adalah disebabkan oleh: 
  • Usia - risiko terkena sakit lutut ini akan meningkat seiring dengan pertambahan usia, terutamanya selepas 50 tahun
  • Jantina - golongan wanita lebih berisiko terkena osteoarthritis berbanding lelaki. 
  • Kecederaan pada sendi - sendi yang pernah tercedera lebih mudah terkena penyakit ini. 
  • Obesiti - berat badan yang berlebihan akan menambahkan beban kepada sendi sehingga berisiko terkena osteoarthritis. 
  • Keturunan - penyakit ini boleh diwarisi melalui faktor genetik
  • Menghadapi masalah penyakit sendi
  • Kecacatan tulang - seperti pada tulang rawan 
  • Aktiviti fizikal atau pekerjaan - membuatkan tekanan yang berlebihan kepada sendi

Gejala Osteoarthritis

Gejala penyakit ini akan merebak secara perlahan-lahan dan menjadi semakin teruk mengikut peredaran masa. Antara gejala-gejala penyakit ini adalah seperti:
  1. Kesakitan sendi atau sendi sukar digerakkan terutamanya ketika bangun tidur. 
  2. Terdapat bunyi apabila sendi digerakkan
  3. Otot menjadi lemah
  4. Kelenturan sendi berkurangan
Jika anda mengalami gejala-gejala seperti di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera.

Merawat Sakit Lutut Secara Semulajadi

1) Berehat dan bersantai
- berehat dan bersantai penting untuk menggalakkan kesihatan yang baik dan mengurangkan kesakitan. Pastikan juga tidur yang mencukupi untuk kesihatan yang menyeluruh


2) Terapi panas atau sejuk
- Anda boleh menggunakan pelapik panas untuk merehatkan lutut dan membantu sendi menjadi kendur. Pelapik panas membantu menenangkan otot dan meningkatkan pengaliran darah. 
- Selain itu penggunaan pelapik sejuk pula membantu untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Anda boleh membalut pek sejuk di sekeliling lutut.

3) Terapi fizikal / fisioterapi
- Ahli terapi dapat membantu pesakit untuk membuat program senaman yang bersesuaian seperti urutan dan sebagainya.


4) Menggunakan tongkat
- Tongkat atau alat sokongan yang lain dapat memastikan tiada tekanan yang berlebihan kepada lutut.
5) Berat Badan Yang Ideal
- Ini adalah langkah yang paling terbaik kerana berat badan yang berlebihan akan menambahkan tekanan pada sendi yang menyebabkan sakit lutut. Jika pesakit adalah obesiti, kehilangan 5% dari berat badan dapat melegakan tekanan pada lutut. 
6) Senaman
- Senaman sendi dan otot adalah penting untuk memperbaiki kekuatan dan kelenturan sendi. 
- Senaman boleh mengurangkan sakit, meningkatkan pergerakan, mengurangkan keletihan dan membuatkan anda kelihatan lebih bagus. 
- Senaman yang bagus untuk pesakit lutut adalah berjalan dan berenang.


7) Garam Epsom
- Garam epsom mengandungi magnesium sulfat yang boleh memberi kelegaan sakit lutut. 
- Caranya  ialah dengan menambah setengah cawan garam epsom ke dalam air mandian yang suam dan kacau hingga hancur. Kemudian rendamkan lutut yang sakit selama 15 minit. Ulang beberapa kali dalam seminggu.


8) Halia
- Halia adalah ubat yang berkesan untuk menghilangkan sakit lutut kerana mengandungi sifat anti-radang. 
- Caranya adalah dengan menghancurkan satu keping halia yang kecil dan masukkan ke dalam secawan air dan didihkan selama 10 minit. Tapis camouran dan tambahkan sedikit madu.  Minum 2-3 cawan air halia ini setiap hari sehingga sakit lutut berkurangan.


Perkara Yang Perlu Dielakkan

Terdapat beberapa aktiviti yang perlu dielakkan seperti :
  • Menaiki tangga secara berlebihan
  • Sukan yang berat seperti berjoging dan aerobik
  • Stress yang boleh menjejaskan kesihatan secara keseluruhan
  • Membengkok lutut atau melutut terlalu lama
  • Mengangkat atau menolak objek berat
  • Duduk di atas kerusi yang rendah. 

Kombinasi Vitamin Untuk Masalah Sakit Lutut 



1) VIVIX 
Mengandungi resveratrol yang sangat membantu dalam merawat masalah sendi lutut:
  • Mengekalkan fungsi dan struktur sendi
  • Memperbaiki tisu dan struktur sendi
  • Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi 
  • Mengatasi masalah keradangan, memperbaiki DNA dan menghalang sel dari rosak
2)  OMEGA GUARD
Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak Omega 3. Asid lemak ini sangat penting untuk tubuh badan namun ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan.
Asid lemak Omega 3 mengandungi DHA dan EPA. Ianya dapat membantu mengurangkan keradangan, masalah yang menyebabkan bengkak dan kesakitan.

3) OSTEMATRIX
Ostematrix adalah pembekal kalsium yang penting untuk tulang, otot dan ligamen. Ia juga mengandungi Magnesium dan Vitamin D yang diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium yang lebih ke dalam tubuh badan.

4) COLLAGEN POWDER
Kolagen adalah komponen utama tisu penghubung di dalam badan. Ia terdapat pada kulit, otot, tendon dan lain-lain. Kolagen diperlukan bagi memperbaiki dan menyelenggara tisu lembut di sekitar sendi. Selain itu kolagen juga mampu untuk:
  • Menyokong pergerakan supaya lebih stabil
  • Memberikan flexibility kepada sistem sendi dan tulang
  • Mengurangkan sakit belakang

Testimoni Mereka Yang Berjaya Melegakan Sakit Lutut Dengan Shaklee


 




Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ini?

Untuk membuat pembelian secara terus menggunakan kad debit/kredit, sila klik butang E-SELL di bawah:
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=8037ca59ed714886d7f271e04a4864fb



untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.




Punca dan Rawatan Penyakit Strok

Thursday, April 19, 2018

Apa Itu Strok?

Strok adalah keadaan yang disebabkan oleh sumbatan pada salur darah atau salur darah di bahagian otak pecah menyebabkan fungsi otak terganggu. Ini boleh menyebabkan oksigen tidak dapat dibekalkan ke tisu-tisu otak dan sekiranya tidak dirawat, sel-sel tisu otak akan mati.



Jenis-Jenis Strok

1) Ischemic Stroke (Strok iskemik)
Strok yang paling kerap berlaku, hampir 9/10 pesakit jatuh di dalam kategori ini.
Punca : Salur darah tersumbat.
Saluran arteri yang semakin sempit dan keras akibat plak yang terhasil daripada lemak, kolesterol, kalsium dan bahan-bahan lain. Ini menyebabkan darah sukar untuk dialirkan ke otak.


2) Haemorrhagic Stroke (Strok Berdarah)
Jenis strok ini jarang berlaku tapi peratus kematian akibat strok ini adalah tinggi.
Punca : Saluran darah pada bahagian otak pecah dan berlaku pendarahan.
Ini akan menyebabkan bahagian otak selepas salur darah itu kekurangan bekalan oksigen yang boleh menyebabkan sel otak mati dan membawa maut.


3) Stroke Mini: Transient Ischeamic Attack (TIA)
Transcient Ischeamic Attack boleh dikatakan sebagai warning yang anda berisiko tinggi untuk mendapat strok iskemik atau strok berdarah.
Apabila anda atau keluarga mengalami situasi di mana muka terherot dan pengsan yang sementara tanpa melibatkan lumpuh anggota badan, anda harus mengawal darah tinggi anda.
Situasi ini berlaku apabila darah berhenti sementara di otak pada beberapa ketika aliran darah kembali mengalir di otak.


Punca-punca Yang Menyumbang Kepada Strok

1) Penyakit Kronik
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolestrol yang tinggi
  • Penyakit kencing manis
  • Obesiti
2) Cara Hidup Yang Tidak Sihat
  • Merokok
  • Kurang bersenam
  • Minum arak
3) Pemakanan yang tidak sihat
  • Makanan yang berminyak
  • Makanan tinggi lemak
  • Terlalu banyak garam
4) Faktor risiko yang tidak boleh diubah 
  • Umur - semakin berumur, semakin tinggi risiko untuk terkena strok
  • Sejarah sakit kepala disebabkan migrain
  • Sejarah keluarga yang mengalami strok
Simptom- Simptom Penyakit Strok

1) Lemah atau pun lumpuh anggota badan. Selalunya ia berlaku pada sebelah bahagian badan sahaja.
2) Kesukaran bercakap dan tidak memahami apa yang diperkatakan orang lain
3) Ketidakseimbangan badan ketika berjalan
4) Pandangan menjadi kabur samada sebelah atau kedua-dua belah mata secara tiba-tiba.
5) Sakit kepala yang kuat
6) Kelumpuhan otot muka
7) Hilang ingatan
8) Tidak boleh menelan


Namun terdapat beberapa diagnosa lain yang mungkin akan menunjukkan simptom yang sama, seperti:
  • Sawan 
  • Kanser otak
  • Masalah metabolik seperti kekurangan sodium (hyponatremia) atau pun kekurangan gula (hypoglycemia)
  • Bell palsy
Bagaimana Strok Didiagnos?

Beberapa penelitian boleh membantu mengenalpasti jenis strok yang telah berlaku dan pilihan rawatan yang terbaik. Antara ujian yang sering dijalankan adalah:
  1. Pengukuran tekanan darah
  2. Ujian darah untuk memeriksa kandungan gula dalam darah, gumpalan dan tahap kolesterol
  3. X-Ray dada untuk memeriksa masalah jantung atau dada
  4. Elektrokardiogram (ECG) untuk mengukur ritma dan aktiviti jantung
  5. Ekokardiogram, sejenis imbasan jantung untuk memeriksa kemungkinan masalah jantung. 
  6. Imbasan otak untuk mengenalpasti jenis strok dan mencari kesan-kesan kerosakan. 
  7. Imbasan ultra-bunyi arteri-arteri karotid untuk memeriksa aliran darah ke otak.  
Namun jika terdapat tanda-tanda di bawah ini, rawatan segera perlu diberikan:


Rawatan 

Untuk strok iskemik, rawatan yang paling utama adalah untuk memastikan saluran darah yang tersumbat kembali pulih.

Manakala untuk strok berdarah, ia mungkin sukar untuk diuruskan kerana darah tinggi, pendarahan dan pembengkakan otak perlu dikawal.

Kerosakan strok bergantung kepada bahagina otak di mana strok tersebut berlaku. Perkara yang sering berlaku adalah lumpuh di sebahagian badan atau keseluruhan, masalah berjalan, masalah bercakap serta memahami.

1) Rehabilitasi : Terapi Percakapan
Suatu kaedah untuk membantu pesakit strok yang mengalami masalah untuk bercakap. Selain itu, pakar terapi juga akan membantu pesakit untuk menelan makanan sekiranya pesakit mengalami masalah tersebut.


2) Terapi Fizikal 
Strok selalunya akan menyebabkan lumpuh dan lemah otot. Terapi fizikal adalah suatu kaedah untuk mengembalikan tenaga dan kekuatan otot serta latihan melakukan aktiviti-aktiviti yang kecil seperti menulis, butang baju dan sebagainya.


3) Terapi Komunikasi
Kebanyakan pesakit strok akan mengalami gangguan emosi dan tekanan. Terapi komunikasi adalah suatu kaedah di mana pakar psikologi bertindak sebagai kaunselor untuk membantu mereka menghadapi penyakit ini dengan lebih tenang dan bersedia untuk meneruskan kehidupan.


4) Jaga Cara Hidup Anda
  • Berhenti merokok
  • Sentiasa bersenam
  • Kurangkan pengambilan alkohol
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Banyakkan makan oat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran

5) Makan Ubat Daripada Doktor
Mereka yang mempunyai risiko yang tinggi terhadap strok, doktor akan menyarankan untuk mengambil ubat yang dikenali sebagai "ubat cair darah".
Sekiranya anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi, doktor akan memberikan ubat untuk mengawal tekanan darah tersebut.



Rawatan Alternatif Stroke Menggunakan VIVIX



Bagaimana Vivix Membantu Pesakit Stroke?

1. Vivix membantu mengatifkan semula sel-sel yang terlibat di dalam pengawalan genetik utama yang merosot dan menggalakkan sel menjadi sihat semula.

2. Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sel dari peringkat DNA yang rosak, mati dan tidak normal akibat serangan berjuta-juta perosak setiap hari. 

3.. Ramuan Vivix juga adalah 10 kali ganda lebih kuat dari resveratrol (kandungan yang ada dalam anggur Muscadine) yang sangat membantu keutuhan sel dan dapat meningkatkan hayat sel.

4. Vivix membantu menurunkan paras kolesterol di dalam darah dan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Pengoksidaan ini yang akan menyebabkan serangan jantung.

5. Ramuan Vivix sangat tinggi anti-oksidan yang membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan. Ramuan 4 jenis bahan utama ini menggalakkan pertumbuhan semula mitokondria (penjana tenaga) dalam setiap tubuh kita.

6. Ramuan Vivix sangat membantu dalam pengawalan tekanan darah, menurunkan kolesterol malah membantu dalam mengekalkan berat badan ideal.

7. Ekstrak eldelberry membantu dalam melindungi tubuh dari serangan penyakit kardiovaskular, stroke dan serangan jantung. Manakala ekstrak purple carrot membantu dalam kesihatan salur darah dan platlet yang berkebolehan mengurangkan risiko koronari jantung.

Testimoni





Bagaimana Nak Dapatkan Vivix?

Untuk membuat pembelian secara terus menggunakan kredit kad atau debit kad, sila klik butang E-Sell di bawah:
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c757db153bb444294ae503de6a9f192d



untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.





 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS