Pages

Youth Effect: Muka Rosak Sebab Alahan, Kini Makin Cantik Berseri

Wednesday, May 23, 2018

Anda dah pernah dengar tentang Youth Shaklee?

Youth adalah rangkaian penjagaan kulit muka yang terbaru daripada Shaklee dan telah memasuki pasaran Malaysia semenjak bulan Mac yang lepas. Walaupun baru 2 bulan lebih namun terdapat pelbagai testimoni dari pengguna yang rata-rata gembira dengan kesan positif daripada Youth ini.
Memang bertepatan dengan janji Shaklee yang mengatakan 100% pengguna akan mendapat kesan positif dan terbaik dari Youth Skincare.

Di bawah adalah salah satu Shaklee Effect yang sangat menakjubkan daripada pengguna yang berpuas hati dengan kesan Youth ini.

Youth Effect:Dulu Muka Macam Pecah Rumah Sekarang Dah Cantik Berseri



Nama saya Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Saad berusia 35 tahun dengan 3 orang cahaya mata ( bakal 4 insya-Allah). Bekerja sebagai seorang guru.
Bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.
Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. "Ni memang takde lain la ni mesti makan terung" tak pun "dah tau alergik terung sapa suruh makan". Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai.
Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada "mata" kerana seringkali jerawat pastinya ada "mata" dan apabila matang jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan.
Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa "fake" sangat.
Sebelum kenal Shaklee kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka.

Selepas konsisten vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela.
Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. #YOUTH dilancarkan "on time" muka Che Yan tengah nazak. Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar "Allah dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni".
Terung Che Yan boleh ibaratkan sebagai "ibu" segala masalah kulit kerana ia ibarat "trigger". Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang.
Fuhhh ujian sangat kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan roboh.
Bulan 3 #YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya #YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drug-store, produk bani kilo ( masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk bertaraf antarabangsa.
Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja.
#YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam #VIVIX juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit #YOUTH. Wow, "Vivix luar dalam".
Bukan mudah juga nak menjadi pemilik #YOUTH pada peringkat awal kerana dugaan "sold out"nya seringkali berlaku. Bila dah dapat banyak hari pulak ditiliknya. Sebab pembukusan yang menarik, putih suci murni jadikan Che Yan sayang nak pakai. Dah kena penyakit apa pulak dah beli sayang nak pakai. Maka bermulalah rutin #YOUTH Che Yan.
Che Yan bermula dengan menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Dalam masa yang sama Che Yan amalkan #RADIANT5. Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu.
Memang kesannya sangat booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin set hamil untuk dalaman. Manakala rutin #YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya.
Disini Che Yan kongsikan sekali gambar sebelum dan selepas penggunaan #YOUTH.
Che Yan boleh katakan #YOUTH is the best n #YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka.
There is so many good and better product outhere but Che Yan choose the best #YOUTH.


Wah..memang sangat menarik kan pengalaman Puan Shahizan ni. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Set Rangkaian Youth Shaklee ini, anda boleh klik Youth Shaklee - Jaminan 100% Berkesan

Dan jika anda berminat untuk menjadi cantik macam Puan Shahizan, segeralah dapatkan set Youth ini pada hari ini juga. 

Promosi Full Set Youth percuma Radiance C+E masih berlanjutan sehingga 31 Mei 2018. 


Bagaimana  Nak Dapatkan Set Ini?

Untuk mendapatkan Set Youth Skincare, sila klik di sini:
Terdapat dua set yang ditawarkan, iaitu Basic Set dan Premium Set.


untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Puan Hamidah
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
Facebook: Hamidah Ahmad
Fpage : Kedai Vitamin Ummi
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.


7 Sebab Kenapa Badan Memerlukan Supplemen

Monday, May 21, 2018

Jika  kita lihat di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis supplemen atau pun makanan tambahan yang dijual. Beraneka bentuk, jenama dan juga harga. Ada di kalangan kita yang terbuka menerima kepentingan supplemen ini, namun ada juga yang masih keliru dan ragu-ragu tentang keperluan untuk mengambil supplemen. Terdapat pelbagai cerita-cerita negatif yang tular mengenai supplemen, namun tahukah anda sebenarnya supplemen ini sangat penting dalam memastikan kesihatan kita berada di tahap yang optimum. Mari kita lihat mengapa badan manusia sangat memerlukan supplemen ini dan kebaikannya.


APA ITU SUPPLEMEN

Sebelum kita melihat kebaikan supplemen, kita perlu fahami dahulu bahawa supplemen bukanlah UBAT. Supplement Shaklee khususnya tidak bertujuan untuk merawat, mendiagnos, menyembuh atau mencegah penyakit.
Supplemen ini bertujuan untuk mengisi lompong-lompong nutrisi yang tidak mencukupi di dalam badan yanbg berpunca dari pelbagai sebab.


SEBAB BADAN KEKURANGAN NUTRISI

1) Kehilangan Zat Sewaktu Proses Penyediaan Makanan

- Proses memotong, menghiris, mencincang dan mengisar makanan boleh menyebabkan berlakunya kehilangan zat pada makanan tersebut.
- Ditambah pula dengan penggunaan suhu yang tinggi atau panas melalui dapur atau ketuhar, akan merosakkan zat-zat yang terdapat pada makanan tersebut. Contohnya kaedah menggoreng, memanggang atau deep frying.
- Kaedah ini juga boleh menghasilkan lemak trans (trans fat) yang tidak sihat kepada tubuh badan dan boleh menyebabkan kepada pengumpulan kolesterol.

2) Pola Pemakanan Yang Tidak Seimbang

- Pola pemakanan yang baik adalah yang sihat dan seimbang, namun dari kajian yang dijalankan, ramai di kalangan kita tidak mendapat cukup vitamin dan mineral dalam makanan seharian.
- Disebabkan itulah, kita memerlukan supplemen bagi membantu mencapai kesihatan optimum dan mengurangkan risiko penyakit.



3) Gaya Hidup Yang Tidak Sihat

- Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol serta kurang melakukan aktiviti fizikal atau olahraga, akan meningkatkan keperluan tubuh untuk zat gizi (vitamin/minieral) tertentu. Kebanyakan dari kita sering tidur lewat, makan berlebihan, malas bersenam serta mempunyai stress yang melampau.

- Supplemen dapat menampung kekurangan zat di dalam tubuh badan dengan syarat turut mengambil makanan yang sihat dan seimbang.


4) Pencemaran Berlaku Di Mana Sahaja

- Kita sering terdedah dengan pelbagai pencemaran dari makanan, minuman serta alam sekitar seperti pencemaran udara, air dan sebagainya. Pencemaran yang berlaku boleh menyebabkan kerosakan sel di dalam tubuh badan.

- Supplemen diperlukan bagi membantu memperbaiki sel badan yang rosak serta menghasilkan sel baru yang sihat. Ini kerana tubuh badan kita sudah tidak mampu menampung kerosakan sel yang berlaku secara berterusan.



5) Memenuhi Keperluan Badan
- Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi sesetengah nutrien. Ada kalanya makanan yang kita makan tidak dapat membekalkan zat yang cukup mengikut keperluan tubuh.

- Keperluan nutrisi golongan-golongan berikut akan semakin bertambah mengikut keperluan, contohnya seperti
  • Ibu mengandung
  • Ibu menyusu
  • Wanita yang sedang berusaha untuk hami
  • etc
6) Vitamin Penting Tidak Dapat Dihasilkan Sendiri Oleh Badan Kita

- Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 13 jenis vitamin untuk pertumbuhan yang optimum. Di antaranya ialah Vitamin A, C, D, E, K dan B (Tiamin, Riboflavin, Niasin, Asid Pantotenant, Biotin, Vitamin B6, Vitamin B12 dan Asid Folik)

- Walaupun mempunyai peranan yang sangat penting, badan hanya dapat menghasilkan vitamin D dan K dalam bentuk provitamin yang tidak aktif. 

- Sumber pelbagai vitamin diperolehi daripada makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan supplemen. 

7) Gangguan Penyerapan Nutrisi Daripada Makanan

- Ada masanya pengambilan kafein, gula dan garam yang berlebihan akan menyebabkan gangguan kepada penyerapan nutrien dari makanan oleh tubuh badan kita. 

TAMBAHAN

Tahukah Anda? --->  Penyakit hari ini seperti penyakit cardiovaskular, kanser dan diabetes adalah penyakit biasa di Malaysia dan dikenali sebagai "PENYAKIT GAYA HIDUP"





Tahukah Anda? ---> Jika anda seorang PEROKOK, adalah PERLU melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti Vitamin B, C dan E akan "HILANG TERMUSNAH" dari badan dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah penyakit. 

APA PERLU ANDA LAKUKAN SEKARANG??


1) Makan dengan sihat



2) Bersenam dan mencapai berat badan yang sihat


3) Supplemen secara bijak



BAGAIMANA MEMILIH SYARIKAT SUPPLEMEN YANG BAGUS??


- Shaklee adalah satu-satunya syarikat yang mempunyai kajian unggul atau LANDMARK STUDY ke atas penggunaan produk Shaklee selama 20 tahun.


- Ini membuktikan pengambilan produk Shaklee tidak memberi kesan kepada buah pinggang atau kesan negatif walaupun diamalkan lebih 20 tahun.


Pilihlah Shaklee kerana Shaklee SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.



Bagaimana Nak Dapatkan Produk Shaklee?

Untuk mendapatkan produk Shaklee, sila hubungi saya di talian berikut:

Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara




khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.



 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS