Pages

Jom Cerahkan Kulit Wajah Secara Semulajadi

Tuesday, February 27, 2018

Kulit boleh menjadi gelap dan kusam disebabkan oleh pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari, pencemaran alam sekitar, ubat-ubatan, kulit kering, tekanan, amalan gaya hidup yang tidak sihat serta penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya.
Ramai di kalangan kita berusaha keras untuk mendapatkan kulit yang cerah dan tanpa cela. Terdapat banyak produk pencerahan kulit di pasaran namun kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang tinggi serta harga yang mahal.
Di sini saya akan kongsikan petua untuk mencerahkan kulit secara semulajadi dengan menggunakan bahan asas yang mudah didapati serta produk yang diyakini selamat.

 
Tetapi perlu diingatkan, sebelum mencuba apa-apa petua atau produk, pastikan akan melakukan 3 perkara ini dahulu:

1) Pencegahan
Pastikan anda sentiasa menggunakan sunscreen / sunblock untuk menghalang kulit menjadi gelap/rosak akibat sinaran UV. Sentiasa menyapunya ke muka walaupun cuaca mendung atau sejuk.
  

2) Pengelupasan
Tidak kira apa sahaja jenis kulit anda, perlu dipastikan melakukan proses pengelupasan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ini perlu untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati serta mencerahkan kulit wajah.

3) Penjagaan berterusan
Gunakan pelembap yang secukupnya. Kulit yang kering adalah salah satu faktor menjadikan kulit gelap dan kusam. Anda boleh mengamalkan 8 petua di bawah sebagai tambahan penjagaan kulit wajah. 

Petua Mencerahkan Wajah Secara Semulajadi

1) Cuci Muka Dengan Madu Setiap Pagi
Madu mempunyai kebaikan untuk mencerahkan kulit wajah serta menambahkan kelembapan. Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, gunakan madu sebagai pencuci muka anda. Madu mengandungi sifat antibakteria yang dapat menghalang kerosakan kulit. 
Caranya : Sapukan madu asli ke wajah selepas mandi waktu malam dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air. Ulang setiap malam.  


2) Gosokkan Lemon ke Kulit Wajah
Vitamin C yang terdapat di dalam lemon bertindak sebagai agen pemutih semulajadi. 
Caranya : Sediakan jus lemon dan menggunakan kapas muka, sapukan jus lemon ke seluruh wajah. Pastikan anda tidak mempunya luka terbuka di kawasan wajah yang akan menyebabkan kesakitan dan kerengsaan. Biarkan selama 1 jam, dan bilas dengan air suam. 


3) Gunakan Yogurt Sebagai Masker
Yogurt mengandungi asid laktik yang dapat membantu mencerahkan kulit. 
Caranya : Campurkan yogurt asli dengan 1 sudu besar madu. Sapukan campuran ke wajah dan biarkan selama beberapa minit. 





4) Makan betik setiap hari
Betik bukan sahaja baik utk pencernaan, malah turut dapat membantu mencerahkan kulit secara semulajadi.
Caranya : Lenyekkan betik dan tambahkan sedikit jus lemon. Sapukan pes ini ke kulit wajah dan biarkan selama 20-30 minit. Kemudian bilas dengan air suam.

 

5) Bilas Muka Dengan Susu
Seperti yogurt, susu juga mengandungi asid laktik yang boleh mencerahkan kulit wajah. Selain itu susu dapat mengurangkan kulit kering serta memudarkan bintik gelap pada wajah.
Caranya : Bilas  wajah anda dengan air susu suam dan jangan bilas. Biarkan ia meresap ke dalam kulit wajah selama beberapa minit. Ulang proses ini 2 kali sehari. 


6) Urut Wajah Dengan Minyak Badam
Sekiranya anda mencari cara untuk menghilangkan kedutan serta mencerahkan kulit, maka minyak badam adalah jawapannya. Minyak badam mengandungi asid lemak dan mineral yang dapat mencerahkan serta melembutkan kulit. 
Caranya : Ambil minyak badam dan sapukan ke kulit wajah. Urut selama beberapa minit supaya minyak dapat meresap ke dalam kulit. Ulang 3 kali seminggu.

 
7) Gunakan Hirisan Timun
Timun adalah alternatif yang selamat untuk semua jenis kulit serta dapat menenangkan kulit wajah.
Caranya : Ambil sebiji timun dan hiris nipis-nipis. Letakkan hirisan timun ke kulit waajah dan biarkan selama 3o minit.


PRODUK SELAMAT UNTUK KULIT CERAH BERSERI

Vivix Shaklee
- menjadikan kulit lebih muda dan berseri. Bonus untuk anda yang mengamalkan Vivix, anda bukan sahaja akan kelihatan awet muda, malah dapat mengekalkan kesihatan di tahap yang optimum. Ini kerana Vivix mampu mencegah daripada penyakit kronik seperti kanser. Vivix adalah supplemen keseluruhan, untuk kecantikan dan kesihatan.

Collagen Powder
- CP bukan sahaja menjadikan kulit cantik berseri, malah dapat menjadikan kulit licin serta mencerahkan wajah. Ia juga dapat membantu menyembuhkan sakit-sakit lutut dan slip disc.
- Parut-parut jerawat dan jeragat dapat dihilangkan dengan pengambilan CP yang konsisten. 


ESP Shaklee
- ESP Shaklee adalah pelengkap kecantikan kulit kerana mengnadungi protein yang tinggi. Protein dapat membantu menghasilkan kolagen di dalam tubuh badan dan memastikan kesihatan dan kecantikan sentiasa terjamin.

Vitamin C Plus
- membantu penghasilan kolagen secara semulajadi dalam tubuh badan. Penghasilan kolagen yang berterusan dapat meningkatkan proses pembaikan sel kulit menjadikan kulit kelihatan berseri, licin dan tona yang sekata.

Vitamin E Shaklee
- bersifat anti-oksidan yang dapat menghalang dan menghapuskan radikal bebas dari pencemaran dan habuk. Diekstrak daripada grape seed dan dapat menjadikan kulit awet muda. Ia terbukti dapat menghilangkan parut, mengatasi masalah blackhead dan whitehead, menghapuskan jerawat baru dan lama, memudarkan jeragat dan mencerahkan kulit.

TESTIMONI PENGGUNA








Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ni?

Untuk mendapatkan Set Premium Kulit Cerah, sila klik di sini
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=43ee0b9cfc2a69e890a07b83a1439008


Untuk mendapatkan Set Asas Cantik, sila klik di sini
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e45b57328efc96d2d189df7b31fe57b0


untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.




2 comments:

  1. agak geli juga tengok Black head itu..

    patut la muka hancur kalau tidak dirawat dengan sempurna

    ReplyDelete
  2. Memang geli kan, dari luar tak nampak sgt sbb ada bawah kulit.

    ReplyDelete

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS