Pages

Cara Menyembuhkan Tulang Patah Dengan Cepat

Monday, March 12, 2018

Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Kemalangan boleh terjadi di mana sahaja, samada di rumah, pejabat atau pun di jalan raya. Dan apabila kecederaan terjadi terutamanya yang melibatkan patah atau retak tulang, selalunya akan mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya. Namun tahukah anda, sebenarnya ada cara atau ikhtiar yang kita boleh lakukan untuk menyembuhkan tulang yang patah dengan lebih cepat.


Bagaimana Proses Penyembuhan Tulang?
Pesakit perlu memahami tentang tempoh penyembuhan tulang untuk mengelakkan kepatahan semula terjadi. Terdapat 3 peringkat penyembuhan tulang iaitu:

1) Proses tulang sembuh dari keradangan
2) Proses penghasilan tulang baru
3) Proses pembentukan tulang semula


Proses Tulang Sembuh Dari Keradangan
Proses ini berlaku serta merta selepas kejadian tulang patah dan berlarutan selama beberapa hari. Apabila terdapat pendarahan di kawasan yang patah, keradangan akan terjadi dan pembekuan darah akan terbentuk di kawasan tersebut. Ketika ini, sum sum tulang akan berperanan untuk menstabilkan struktur dan menghasilkan tulang yang baru.

Proses Penghasilan Tulang Baru
Setelah darah beku terbentuk, tisu berserat dan rawan (callus lembut) akan dihasilkan. Sepanjang proses penyembuhan, callus lembut akan digantikan dengan callus keras (tulang keras). Ia boleh dilihat melalui sinaran x-ray beberapa minggu selepas patah.


Proses Pembentukan Tulang Semula 
Semasa peringkat akhir ini, tulang akan terus membentuk dan menjadi padat dan akan kembali kepada bentuk asalnya. Ini selalunya akan mengambil masa beberapa bulan.

Faktor-faktor yang mempercepatkan penyembuhan tulang:
  1. Usia yang muda dan aktif
  2. Tiada masalah kesihatan yang lain
  3. Fungsi saraf yang baik
  4. Pengambilan diet yang seimbang
  5. Bukan perokok
  6. Patah yang tidak teruk
  7. Tiada kehilangan serpihan tulang
  8. Tulang di persekitaran sendi
  9. Bekalan darah yang mencukupi
  10. Tiada jangkitan kuman
  11. Pergerakan awal yang disarankan doktor
Faktor-faktor yang melambatkan proses penyembuhan tulang:
  1. Usia yang lanjut serta tidak aktif
  2. Mempunyai masalah kesihatan dan penyakit serius
  3. Fungsi saraf yang rosak
  4. Tidak mendapat nutrien yang cukup
  5. Mengambil ubat (steroid)
  6. Perokok
  7. Patah berkecai
  8. Urat atau tisu antara dua serpihan tulang
  9. Tulang yang tidak normal
  10. Bekalan darah yang tidak mencukupi
  11. Jangkitan kuman
  12. Lambat bergerak
Komplikasi Yang Boleh Terjadi
Terdapat beberapa komplikasi yang boleh terjadi sekiranya tulang yang patah tidak dirawat dengan sempurna:
  • Penyembuhan di dalam posisi yang salah
  • Penyembuhan yang sangat lambat
  • Tulang gagal bercantum semula

Makanan Yang Bagus Untuk Penyembuhan Tulang

1) Makanan Tinggi Kalsium
  - mineral utama di dalam tulang ialah kalsium. Banyakkan pengambilan makanan seperti rumpai laut, sayuran hijau, salmon, sardin dengan tulang dan produk tenusu seperti yogurt. 

2) Makanan Kaya Vitamin K
  - vitamin K2 penting untuk pembekuan darah dan pembentukan tulang. Lebihkan pengambilan makanan seperti kale, brokoli, bayam dan keju dalam diet anda

3) Protein Tanpa Lemak
  - Protein penting untuk membina semula sel tisu yang rosak. Cuba dapatkan sekurang-kurangnya 4-5 oz hidangan protein tanpa lemak seperti ikan dan daging lembu. 

4) Vitamin C
  - Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen iaitu komponen penting kulit dan tisu. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti oren, strawberi dan tomato. 

5) Zinc
  - Zinc dip[erlukan untuk pembinaan semula tulang. Anda boleh mendapatkannya dari daging lembu, biji labu, serta sayuran seperti bayam.


Bagaimana Supplemen Shaklee Membantu Penyembuhan Tulang Dengan Cepat


VIVIX
  • Antioksidan yang dapat memperbaiki tubuh badan sehingga ke peringkat DNA.
  • Vivix bertindak menghalang dari radikal bebas terus merosakkan lagi sel di dalam badan kita. 
  • Mengandungi Resveratrol dan Polifenol yang bertindak dengan lebih berkesan lagi. 

ESP
  • Setiap hari badan diserang oleh radikal bebas dan merosakkan sel di dalam tubuh badan. 
  • Sel yang rosak memerlukan protein untuk pertumbuhan yang lebih baik bagi menggantikan sel tulang yang rosak. 
  • ESP dapat membekalkan kandungan protein yang secukupnya dan membantu pertumbuhan sel bagi menggantikan sel tulang yang patah dan rosak. 

OSTEMATRIX
  • Mengandungi  kalsium, mangnesium, vitamin D, boron, manganese, kopper dan zink bagi mempercepatkan penyembuhan tulang. 
  • Kalsium dan megnesium dapat mengekalkan kesihatan dan memperkuatkan tulang. 
  • Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium secara optimum, manakala zink berfungsi untuk membaiki luka. 

OMEGA GUARD
  • Mengandungi Omega 3 yang bertindak sebagai pelincir untuk menjaga pergerakan sendi agar lebih lancar. 
  • Omega Guard juga mencegah dagradasi tulang rawan pada sendi dan memulihara sendi yang cedera. 


TESTIMONI






Diharap perkongsian saya ini dapat membantu anda yang mengalami masalah patah tulang. Tidak salah untuk membelanjakan sedikit wang untuk memastikan tulang sembuh dengan sempurna dan yang paling penting sembuh dengan cepat. Tempoh masa yang lama pastinya  akan menjejaskan corak kehidupan terutamanya jika ada ahli keluarga yang bergantung hidup pada kita. 

Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ini?

Anda boleh mendapatkan set ini menggunakan kad kredit atau kad debit dengan klik E-Sell di bawah
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c1d2042fc51ab284430e02327fe24182




untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS