Pages

Tips Hilangkan Berdengkur Ketika Tidur

Tuesday, March 6, 2018

Berdengkur memang perkara biasa, namun jika tiap-tiap malam berdengkur macam nak runtuh bumbung rumah, ia bukan perkara biasa lagi. Berdengkur yang kerap semasa tidur boleh menyebabkan kualiti tidur terganggu, letih keesokan harinya, dan boleh meningkatkan masalah kesihatan. Perhubungan dengan pasangan juga akan bermasalah jika kedua-duanya tidak mendapat tidur yang berkualiti. Jom kita lihat tips-tips berguna untuk hilangkan masalah berdengkur.


Apa Punca Berdengkur?

1) Badan Berlemak
Apabila leher kita disaluti lemak yang banyak, ini akan menyukarkan udara menembusi hidung dan leher ketika tidur. Ini akan menyebabkan dengkuran terjadi.

2) Faktor Usia
Semakin meningkat usia, leher akan menjadi semakin sempit dan otot-otot di sekelilingnya juga menjadi lemah.

3) Rangka Badan Besar
Kenapa lebih ramai lelaki berdengkur dari wanita?
Ini kerana secara semulajadinya lelaki mempunyai rangka badan yang lebih besar namun ruang pengaliran yang sempit berbanding wanita.

4) Masalah Hidung
Apabila kita selsema dan hidung tersumbat, itu juga boleh menyebabkan berdengkur. Kanak-kanak juga boleh berdengkur jika selesema atau alahan, bengkak tonsil dan "adenoid" (keadaan di mana seseorang mempunyai daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung)

5) Ubat- ubatan
Pengambilan ubat seperti Lorazepam dan Diazepam boleh mengakibatkan dengkuran disebabkan otot bergerak laju meskipun ketika tidur.


6) Postur Tidur
Postur berbaring menelentang meningkatkan potensi untuk berdengkur

7) Merokok
Tabiat merokok boleh menyebabkan anda berdengkur kerana merokok menyebabkan saluran pernafasan menjadi abnormal, pembengkakan selaput lendir pada hidung, gangguan pada tekak dan penyumbatan kecil pada paru-paru.

Bagaimana Anda Berdengkur Menunjukkan Sebabnya

1) Berdengkur mulut tertutup - anda mungkin ada masalah dengan lidah

2) Berdengkur mulut terbuka - masalah tisu pada leher anda

3) Berdengkur tidur terlentang -  masalah dengkuran yang ringan. ubah cara tidur anda dan gaya hidup untuk hilangkan dengkuran

4) Berdengkur ketika tidur dalam apa-apa posisi - bermakna dengkuran anda di tahap teruk dan perlukan rawatan yang lebih

Tips Menghilangkan Dengkuran

Ubah Cara Tidur Anda

1) Ubah posisi tidur.
Tinggikan kepala 4 inci dapat mengurangkan pernafasan dan  membolehkan lidah dan rahang ke posisi yang betul. Anda boleh menggunakan bantal khas yang direka untuk masalah berdengkur.

2) Tidur mengiring bukan terlentang
Tidur terlentang menggalakkan lagi dengkuran. Letak bantal atau apa sahaja yang boleh menghalang anda dari tidur terlentang.

3) Cuba alat mulut "anti dengkur"
Alat ini lebih kurang seperti pelindung mulut yang dipakai atlet, dapat membantu saluran pernafasan dengan membetulkan kedudukan rahang dan lidah semasa tidur.

4) Bersihkan saluran hidung
Jika hidung anda tersumbat atau selesema, lapkan cecair saline pada lubang hidung dan keringkan sebelum tidur.

5) Suhu bilik yang lembap
Udara yang kering akan membuatkan hidung berasa gatal dan perit. Penggunan humidifier boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

Ubah Gaya Hidup Anda

1) Kurangkan berat badan
Bila berat badan berkurang, lemak tisu di kawasan leher juga akan berkurangan. Ini akan membantu mengurangkan dan menghilangkan punca dengkuran.

2) Berhenti merokok
Apabila anda merokok, peluang untuk berdengkur adalah tinggi. Merokok akan menyebabkan keradangan tisu di dalam hidung yang menyebabkan pengudaraan tersumbat dan menjadi berdengkur.

3) Elakkan alkohol, ubat tidur dan ubat penenang
Ini kerana alkohol dan ubat-ubatan ini akan mengendurkan otot-otot di leher dan akan menggangu pernafasan.

4) Perhatikan apa yang anda makan sebelum tidur
Kajian menunjukkan makan terlalu banyak atau makan makanan berasaskan susu atau soya sebelum tidur boleh membuatkan dengkuran makin teruk. 

5) Senaman
Senaman secara umumnya dapat mengurangkan berdengkur, walaupun tidak menurunkan berat badan. Ini kerana di waktu kita menggerakkan otot-otot tangan, kaki, badan, ia juga dapat menguatkan otot di sekitar leher, yang dapat mengurangkan berdengkur.


Jika kesemua tips di atas tidak berkesan, anda boleh mencuba mengamalkan supplemen yang bersesuaian untuk membantu masalah dengkuran anda.

 
Bagaimana Shaklee Membantu Masalah Berdengkur?


VITAMIN E COMPLEX
- Mempunyai antioksida dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia akan mampu mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur.
- Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengn efisien.

LECITHIN
- Merupakan pemecah dan pembakar lemak.
- Seperti yang kita tahu, berat badan belebihan menyebabkan kita berisiko tinggi untuk berdengkur
- Lecithin dapat membantu menurunkan berat dan mengelakkan lemak-lemak terkumpul di dalam saluran darah

OMEGA GUARD
- Salah satu punca berdengkur adalah disebabkan kolestrol jahat terkumpul di dalam saluran pernafasan yang menjadikan ia sempit.
- Omega Guard dapat membantu dengan menurunkan paras kolesterol jahat


BAGAIMANA NAK DAPATKAN PRODUK NI?
Untuk membuat pembelian terus menggunakan debit/kredit kad, sila klik di bawah:
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=0f934b23c3acfb014542f4fecf7b3d7e


untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.


No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS