Sebelum itu, kita lihat dulu apa ciri-ciri Jerawat Batu ni jika dibandingkan dengan jerawat lain:
1) Saiz yang lebih besar
2) Lebih keras dan sakit bila ditekan
3) Boleh tersebar ke kawasan wajah yang lain dengan cepat
Punca terjadinya jerawat batu:
1) Genetik
- jika anda mempunyai kulit muka yang berminyak, kemungkinan adalah kerana keluarga anda juga mempunyai kulit yang sama. Jerawat batu mudah tumbuh di atas kulit yang berminyak. Anda perlu memastikan penjagaan kulit yang betul supaya jerawat batu tidak mudah menyerang wajah anda.
Cara penjagaan kulit muka berminyak boleh baca DI SINI
2) Stress
- jika anda mengalami tekanan perasaan atau stress yang melampau, kulit anda juga akan merasai tekanannya. Kulit yang stress akan menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan dan menyebabkan kuman dan kotoran mudah melekat. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan jerawat batu mudah tumbuh.
3) Penggunaan kosmetik
- bagi anda yang sering bersolek ketika keluar atau pun di dalam rumah, pastikan anda tidak lupa untuk mencuci wajah setelah tidak diperlukan. Jika dibiarkan solekan terlalu lama, liang pori akan tersumbat dan ia akan menjadi penyebab kepada tumbuhnya jerawat batu.
4)Masalah hormon
- bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm...sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.
5) Ubat-ubatan
- pengambilan sesetengah ubat seperti pil perancang kehamilan akan menyebabkan pertumbuhan jerawat batu. Ini disebabkan oleh gangguan terhadap keseimbangan hormon di dalam tubuh badan.
6) Sinaran UV
- antara faktor lain terjadinya jerawat batu adalah disebabkan pancaran UV matahari. Ada di kalangan kita yang mempunyai kulit sensitif terhadap UV dan jika terdedah terlalu lama akan menyebabkan terjadinya jerawat batu.
7 Tips Untuk Menghilangkan Jerawat Batu dan Parutnya
1) Ais batu
- ais batu dipercayai dapat mengurangkan keradangan dan bengkak pada jerawat.
- caranya:
1- sediakan beberapa ketul ais batu dan balut menggunakan kain bersih
2- gosokkan ais batu pada kulit berjerawat selama 10 minit
3- lakukan sekurang-kurangnya 2x sehari, pagi dan malam
2) Aloe vera / Lidah buaya
- lidah buaya bukan sekadar mengurangkan keradangan jerawat, malah mempunyai asid salisilik yang dapat menghalang pertumbuhan jerawat.
- caranya :
1- sediakan lidah buaya dan potong dua bahagian
2- gunakan sudu dan keluarkan lendirnya
3- sapukan lendir lidah buaya tersebut ke wajah dan biarkan seketika
4- ulang 1-2 kali setiap hari
3) Teh Hijau
- teh hijau kaya dengan antioksidan yang dapat mengurangkan keradangan pada jerawat.
- caranya:
1- sediakan teh hijau dan rendam selama 4 minit di dalam air panas
2- setelah air sejuk, ambil kapas dan sapukan air teh ke bahagian yang berjerawat.
3- biarkan hingga kering dan bilas dengan air.
4) Air perahan lemon
- Asid sitrik di dalam lemon dapat membantu mengeringkan jerawat batu.
- Caranya:
1- sediakan air perahan lemon dan kapas.
2- celupkan kapas ke dalam air lemon dan sapukan pada jerawat batu
3- biarkan selama 15 minit sehingga kering
4- bilas muka dengan air suam
5- lakukan sekali sehari
- bagi anda yang mempunyai kulit sensitif, anda boleh mencampurkan air biasa ke dalam perahan lemon sebelum menggunakannya. Jumlah air yang ditambah pastikan sama dengan jumlah perahan lemon.
5) Oatmeal
- campuran oatmeal dan air dapat membantu membuaung sel kulit mati dan membersihkan liang pori di muka
- caranya:
1- campurkan oatmeal dengan air hingga sebati.
2- sapukan oatmeal tadi secara perlahan-lahan dengan gerakan membulat pada kulit muka
3- lakukan sekali sehari
6) Timun
- Timun sudah dikenali berkurun lama sebagai bahan untuk mengubati jerawat.
- caranya:
1- hiris nipis timun
2- letak hirisan timun di wajah dan gosok secara perlahan-lahan.
3- ulang 1-2 kali setiap hari
7) Pengambilan vitamin
- selain penggunaan 6 bahan di atas, pengambilan vitamin yang bersesuaian juga akan membantu untuk mengurangkan masalah jerawat batu. Perawatan daripada dalaman juga penting agar kulit sentiasa sihat dan bebas tekanan.
-Terkenal
sebagai vitamin awet muda. Kaya dengan antioksidan yang boleh melindungi sel badan kita
dari rosak
-Membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam
liang kulit.
-Membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain
pengambilan beta carotene.
-Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai
masalah kulit yang berminyak.
-Membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan juga parut.
-Sangat penting dalam pembentukan kolagen dan membantu menganjalkan
kulit.
-Berperanan dalam pengeluaran hormone
antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Dr.Bruce
Miller, the
more you stress the more you need vitamin C!. Kita tahu bahawa stress boleh
memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita
menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
-1 tablet B Complex lengkap dengan 8 vitamin
B iaitu B1, B2, B3, B6, B12, biotin, asid pantotenik dan asid folik.
-B Complex akan
tukarkan semua yang ada (stored
energy) kepada tenaga sepanjang kita aktif.
-B Complex adalah
anti stress semulajadi. Tahukah anda yang stress juga boleh menyebabkan
timbulnya jerawat dan membuatkan muka kita nampak lebih cepat tua. Jadi, B
complex membantu dalam mengurangkan stress dan kelesuan. Barulah wajah kita nampak
fresh, tak kusam dan berseri2.
-Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai
anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali
gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut seperti jerawat,
stretch mark dan sebagainya.
-Protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan
sel kulit, membentuk ‘elastic fiber’ untuk penegangan kulit.
-Membantu
mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat).
-Untuk dapatkan kulit yang
cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.
Parut jerawat yang hitam adalah disebabkan protein yg tidak cukup dalam badan.
-Mengecilkan liang pori-pori yg kelihatan,
menghilangkan kedutan dan garis-garis halus, menjadikan kulit lebih tegang,
anjal dan lembut, menyokong kesihatan sendi dan tulang, menjadikan rambut lebih
sihat, tidak mudah gugur, dan bercabang serta bersinar, membantu dan
menegangkan payudara, mengurangkan pigmentasi, jeragat dan tona kulit yang
tidak sekata serta melembapkan kulit.
Untuk penjagaan luaran pula, anda disyorkan untuk menggunakan Set Rangkaian Penjagaan Kulit Muka Youth yang dijamin berkesan, bebas dari 1500 bahan kimia, dan diperbuat daripada bahan semulajadi. Untuk lebih lanjut mengenai Youth, boleh lihat DI SINI
Untuk penjagaan luaran pula, anda disyorkan untuk menggunakan Set Rangkaian Penjagaan Kulit Muka Youth yang dijamin berkesan, bebas dari 1500 bahan kimia, dan diperbuat daripada bahan semulajadi. Untuk lebih lanjut mengenai Youth, boleh lihat DI SINI
Testimoni Set Jerawat Batu Shaklee dan Set Youth
Produk Shaklee adalah bebas dari bahan kimia, diperbuat daripada 100% bahan semulajadi. Ia tidak akan memudaratkan kulit anda seperti jenama-jenama lain di pasaran. Menggunakan supplemen untuk kesihatan dalaman dan luaran bukan sahaja akan menjadikan kulit cantik dan berseri, malah tubuh badan juga akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan set ini segera dan nikmatilah hidup dengan kulit wajah yang cantik, tanpa cela dan sihat semulajadi.
Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ini?
Untuk mendapatkan Set Jerawat Batu, anda hanya perlu klik di bawah:
Manakala untuk mendapatkan Set Youth Skincare, sila klik di sini:
Terdapat dua set yang ditawarkan, iaitu Basic Set dan Premium Set.
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.
Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment