Bagaimana Blackheads Terjadi?
Blackhead kelihatan seperti bintik hitam yang muncul di atas kulit anda. Blackheads juga turut dikenali sebagai open comedons. Comedones adalah benjolan berwana kulit yang terbentuk apabila jerawat terjadi. Bagi kes blackheads, comedones mengandungi folikel di bawah lapisan kulit dengan bukaan liang pori yang sangat besar.
Apabila anda mempunyai blackheads, liang pori ini akan tersumbat dengan sebum atau minyak. Tindak balas kimia terhadap sebum akan terjadi di bawah lapisan kulit. Melanin dioksidakan dan akan menukar liang pori tersumbat ini menjadi hitam.
Selain itu blackheads juga boleh terjadi disebabkan oleh:
- penghasilan minyak yang berlebihan di dalam badan
- pengumpulan bakteria Propionibacterium acnes di kulit
- perubahan hormon
- pengambilan ubat-ubatan seperti corticosteroids,lithium dan androgens
Simptom Terjadinya Blackheads
Disebabkan ia berwarna gelap, blackheads mudah dikesan apabila terjadi di kulit. Walaupun ia sedikit benjol, namun ia tidak menyakitkan seperti jerawat. Jerawat terjadi akibat pengumpulan bakteria di dalam liang pori yang akan menjadi kemerahan dan menyakitkan.
Bagaimana Nak Merawat Blackheads
1) Penggunaan produk di farmasi
Banyak ubat jerawat yang dijual di kedai ubat dan farmasi. Ada yang berbentuk krim, gel, pelekat, dan digunakan terus ke atas kulit. Ubat-ubat ini mengandungi bahan seperti asid salicylic, benzoyl peroxide, dan resorcinol. Ini bertindak dengan menghapuskan kuman, menyekat lebihan minyak dan memaksa kulit untuk menyingkirkan sel kulit mati.
2) Ubatan dari klinik
Jika ubat dari farmasi tidak berkesan, doktor mungkin akan mengesyorkan penggunaan ubat jerawat yang lebih kuat. Ubat yang mengandungi vitamin A dapat menghalang liang pori tersumbat dan menghasilkan lebih banyak sel kulit baharu. Ubatan ini akan disapu terus ke kulit anda.
3) Buang secara manual
Dermatologists atau pakar kulit akan menggunakan alat khas untuk menanggalkan plak yang tersumbat yang menyebabkan balckheads.
4) Pelekat berubat
Pelekat berubat juga dapat menanggalkan sebum yang tersumbat dan menanggalkan sel kulit mati yang boleh menyebabkan blackheads. Pelekat berubat yang ringan boleh didapati farmasi manakala yang lebih kuat hanya dilakukan oleh pakar kulit atau dermatologists.
5) Rawatan laser
Rawatan laser digunakan untuk mengurangkan penghasilan minyak dan membunuh kuman. Rawatan laser akan menembusi masuk ke dalam kulit dan merawatnya dari dalam tanpa mencederakan bahagian luar kulit.
Langkah Pencegahan
1) Cuci muka dengan bersih
Cuci muka selepas bangun tidur dan sebelum tidur untuk menanggalkan minyak yang melekat di kulit. Mencuci lebih dari 2 kali sehari akan menyebabkan kulit menjadi rengsa dan memburukkan keadaan jerawat. Gunakan pencuci muka yang lembut yang tidak akan menyebabkan kulit menjadi merah dan rengsa.
Cuci rambut setiap hari sekiranya ia jenis berminyak, Rambut berminyak boleh menyebabkan liang pori tersumbat. Selain itu, pastikan anda mencuci muka selepas makan makanan berninyak kerana minyak dari makanan tersebut juga dapat menyumbat liang pori.
2) Gunakan produk bebas minyak
Setiap produk yang mengandungi minyak boleh menyebabkan terjadinya blackheads. Pilih produk yang bebas minyak untuk alat solekan, lotion atau pun sunscreen.
3) Cuba produk untuk membuang sel mati
Menggunakan skrub pengelupasan dan masker untuk menanggalkan sel kulit mati dapat mengurangkan masalah blackheads. Carilah produk yang sesuai dengan kulit anda.
4) Gunakan Supplemen Yang Sesuai
Untuk menyelesaikan masalah blackheads, perawatan daripada dalaman juga penting supaya punca terjadinya blackhead dapat diselesaikan. Pengambilan supplemen yang sesuai untuk blackheads adalah amat disyorkan.
1) GLA Complex
GLA Complex akan membantu membetulkan hormon. GLA tidak mengandungi hormon sebaliknya hanya Penstabil Hormon.Selain itu ia turut mengandungi Vitamin E yang berfungsi untuk menegang, mencerah dan memperbaiki sel kulit yang sudah rosak.
2) SR Release Vitamin C Plus
Vitamin C penting untuk mencantikkan kulit. Kulit perlukan nutrisi untuk sihat. Kulit yang sihat akan menjadi cantik, cerah dan bermaya.
Yang uniknya vitamin c jenama Shaklee ni adalah disebabkan adanya teknologi ‘Sustained Release’ dalam setiap biji vitamin c plus nya. Kenapa ia unik? Sebab vitamin C adalah vitamin mudah larut air. Setiap kapsul vitamin C akan dilepaskan di dalam badan secara berperingkat, untuk memastikan badan menyerap hampir ke semua vitamin C yang dimakan.
3) Carotomax
Selain kolagen, kulit memerlukan antioksidan untuk mengurangkan risiko blackhead. Kajian menunjukkan, mereka yang mempunyai jerawat mempunyai paras antioksidan dalam darah jauh lebih rendah berbanding mereka yang berkulit licin.
Kenapa perlu tingkatkan paras kandungan Antioksidan dalam tubuh?
Antioksidan akan menurunkan paras “Oxidative Stress”. Ia akan membantu kulit lebih mudah jadi cantik dan mengurangkan risiko blackheads.
Selain itu, antioksidan akan melindungi tubuh dari radikal bebas seperti menyingkirkan sel-sel mati terkumpul yang teroksidasi.
4) Set Youth Skincare
Untuk penjagaan luaran, disyorkan menggunakan set Youth Skincare yang sesuai untuk semua jenis kulit, bebas 1500 bahan kimia dan 100% bahan organik.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Set Youth Skincare, sila rujuk di sini.
Youth Skincare - Harga dan Testimoni Pengguna
Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ni?
Untuk pembelian secara terus Set Blackhead Shaklee, sila klik di sini
Manakala untuk mendapatkan Set Youth Skincare, sila klik di sini:
Terdapat dua set yang ditawarkan, iaitu Basic Set dan Premium Set.
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.
Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment