Pages

Cara Hilangkan Eye Bag Dengan Cepat dan Mudah

Tuesday, February 27, 2018

Adakah anda takut untuk melihat cermin disebabkan mata bengkak atau eyebag? Adakah anda merasa malu disebabkan kulit yang kendur di sekeliling mata anda?
Eyebag memang sesuatu yang sangat tidak disukai kerana ia akan menyebabkan anda kelihatan letih, mengantuk dan lebih tua dari usia sebenar. Di dalam entri ini, kita akan melihat apakah punca dan bagaimana cara yang mudah untuk merawat masalah eyebag ini. 


Apakah Punca Yang Menyebabkan Eyebag?

Setiap dari kita mempunyai lemak di dalam badan yang dipegang oleh otot dan ligamen. Tetapi semakin kita meningkat usia, otot-otot akan mula lemah dan segalanya akan menjadi kendur, menyebabkan lemak lebih kelihatan. Ini juga akan terjadi kepada kawasan muka. Tahap kolagen akan berkurangan mengikut usia menyebabkan kulit kelihatan keanjalan dan mengendur. Satu punca utama penyebab eyebag adalah keturunan. Selain itu punca lain eyebag atau pun kantung mata adalah:
  - kekurangan tidur dan keletihan
  - stress
  - penuaan
  - makanan masin
  - kurang senaman
  - masalah resdung / sinus
  - pengumpulan cecair
  - menangis

Rawat Masalah Eyebag Dengan Cara Semulajadi

1) Uncang Teh
-Penggunaan uncang teh ke atas mata bengkak adalah cara yang telah lama dipraktiskan. Tidak kisah jika menggunaka teh biasa atau teh hijau. Kandungan kafein di dalamnya dapat mengurangkan bengkak yang selalunya disebabkan oleh pengumpulan cecair. 
Caranya : 
  1) Rendam 2 uncang teh ke dalam air suam selama 5 minit
  2) Letakkan uncang teh yang suam ke atas kelopak mata
  3) Tutup dengan kain yang lembut dan biarkan selama 30 minit. 
  4) Ulang beberapa kali sehari

2) Minyak Kelapa Dara
- Asid lauric yang terdapat di dalamnya dapat mengurangkan kerengsaan pada kelopak mata. Selain itu ia juga mengandungi nutrien yang baik untuk kulit. Penggunaan minyak kelapa dara yang kerap dapat mengurangkan masalah eyebag anda.
Caranya :
  1) Menggunakan jari yang bersih, sapu dan urut minyak kelapa dara di sekeliling kawasan mata di dalam gerakan ikut arah jam dan sebaliknya selama beberapa minit. 
  2) Biarkan ia semalaman.
  3) Ulang setiap malam sebelum tidur

3) Sudu sejuk
- Suhu yang sejuk dapat menenangkan saluran darah dan mengurangkan kesan bengkak di bawah mata
Caranya:
  1) Letakkan 4 ke 5 batang sudu ke dalam peti sejuk selama 30 minit. 
  2) Ambil sudu dan letakkan di kawasan bengkak dan biarkan selama 15-20 minit. 
  3) Ulang 2 kali sehari. 

4) Baking soda
- baking soda dapat membantu pengaliran dan mengurangkan kesan bengkak di bawah mata
Caranya: 
  1) Campurkan baking soda dengan sedikit air dan masukkan kapas muka kedalamnya. 
  2) Perah air yang berlebihan dan letakkan kapas muka di atas kelopak mata. Biarkan 10 ke 15 minit
  3) Alihkan kapas muka dan bilas dengan air sejuk
  4) Keringkan muka dan pakai pelembap
  5) Ulang sekali setiap hari

5) Timun
- timun dapat mengurangkan kerengsaan dan kesan sejuknya akan mengurangkan bengkak di bawah mata. Kaedah ini bukan sahaja dapat menghilangkan kantung mata tetapi juga membantu masalah lingkaran gelap bawah mata dan kedutan.
Caranya :
  1) Letakkan beberapa keping hirisan timun di dalam peti sejuk selama 10-15 minit
  2) Ambil dan letakkan di atas kelopak mata
  3) Biarkan selama 10-15 minit
  4) Ulang beberapa kali setiap hari


Produk Untuk Menghilangkan Eyebag

SR Vitamin C Plus Shaklee
Punca utama eye bag adalah disebabkan kelemahan ligamen bawah mata untuk memegang tisu lemak. Sebab itu Vitamin C sangat penting untuk membantu pengeluaran kolagen, yang merupakan protein yang membuat ligamen di bawah mata kita. 


Kolagen
Kolagen berperanan untuk membantu keanjalan kulit dan menegangkan semula kulit di sekitar kawasan mata dan mencerahkan. Faktor umur atau pun keadaan sekeliling boleh menyebabkan keanjalan kulit berkurangan dan mudah menjadi kedutan dan lingkaran gelap. 

Eye Treatment Enfusella Shaklee
Sejenis pelembap yang disapukan di sekitar kawasan mata sebelum tidur. Ia dapat membantu menghilangkan garis-garis halus dan kedutan di sekitar mata. Eye treatment ini boleh digunakanoleh mereka yang memakai kanta lekap. Kajian yang dilakukan menunjukkan dalam masa 2 minggu, kulit di sekitar mata menjadi lebih anjal, kedutan kurang dan lebih lembap. 

Penggunaan ketiga-tiga produk ini sangat digalakkan kerana lengkap dengan penjagaan dalaman dan luaran. 

Testimoni Pengguna



Youth Skincare Shaklee
Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, penggunaan Youth Skincare adalah yang terbaik. 
Untuk mengetahui lanjut tentang Youth Skincare, anda boleh baca di sini

Testimoni Youth Skincare menghilangkan eyebag

 


Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ini?

Untuk mendapatkan terus Set Mata Bengkak, anda boleh klik butang E-SELL di bawah:
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=536be66af351fd037f453788e5ef21bf

Manakala untuk mendapatkan Set Youth Skincare, sila klik di sini:
Terdapat dua set yang ditawarkan, iaitu Basic Set dan Premium Set.



untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.


2 comments:

  1. selalu kene sebab tak cukup tidur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun selalu kena kalau tak cukup tidur..tapi semenjak dok amal vitamin ni Alhamdulillah dah berkurang. Sekarang mmg tidur 5 jam je sehari..

      Delete

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS