Pages

Cara Menghilangkan Biji Kolestrol Di Kawasan Mata

Monday, February 19, 2018

Biji-biji kolesterol yang terdapat di sekitar kawasan mata adalah benjolan lemak yang berkembang di bawah kulit anda. Biasanya biji ini akan tumbuh di atas kelopak mata. Biji kolesterol ini dipanggil sebagai xanthelasma.
Masalah ini tidak menyebabkan kesakitan atau gatal-gatal, tetapi ia mungkin akan menghalang penglihatan jika benjolan itu semakin membesar. Selain itu kehadiran biji kolesterol ini akan menyebabakan penampilan seseorang terjejas dan mengurangkan keyakinan diri.
Di dalam entri ini kita akan melihat punca dan cara menghilangkan biji kolestrol terutama di kawasan mata.


Punca Timbulnya Biji Kolesterol

1) Kolesterol yang berlebihan
- kolesterol yang berlebihan akan terkumpul dan membentuk plak.
- bila plak menjadi semakin tebal, aliran darah akan menjadi perlahan disebabkan tersumbat dengan plak
- pengumpulan plak kolesterol jahat (LDL) akhirnya akan keluar pada kulit wajah yg berbentuk biji putih kerana kulit muka kita adalah nipis dan sensitif

2) Genetik

3) Gaya hidup 
- mengamalkan diet yang tinggi lemak
- penggunaan alkohol yang berlebihan
- kurang bersenam
- berat badan berlebihan
- merokok

4) Ubat-ubatan
- sesetengah ubat boleh menyebabkan terjadinya biji kolesterol seperti ubat yang mengandungi estrogen.

5) Penyakit
- penyakit buah pinggang dan diabetes boleh menyumbang kepada terjadinya biji kolesterol.

Petua Untuk Menghilangkan Biji Kolesterol Secara Alami

1) Bawang putih
- mengandungi enzim yang dapat menghilangkan biji kolesterol dan mengurangkan paras kolesterol di dalam badan
- caranya  : potong beberapa ulas bawang putih dan tumbuk hingga hancur. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan tutup dengan kain agar bawang tidak masuk ke mata. Biarkan 10-15 minit kemudian bilas dengan air suam. Ulang sekali sehari untuk beberapa hari.
2) Cuka epal
- cuka epal membantu mengurangkan paras LDL dan menyingkirkan toksin dari dalam badan.
- caranya : rendam bebola kapas di dalam cuka epal dan sapukan di kawasan terjejas. Gunakan pita pelekat untuk melekatkan bebola kapas ke kulit. Biarkan selama 2 jam dan bilas dengan air suam. Ulang setiap hari.

3) Bawang
- bawang mengandungi sebatian yang menghalang kolesterol jahat dan pembentukan lemak, iaitu punca terjadinya biji kolesterol.
- sifat berasid bawang membantu menghilangkan biji kolesterol pada kawasan mata.
- caranya : ambil sebiji bawang dan dapatkan jusnya. Tambah sedikit garam dan biarkan jus ini beberapa jam. Sebelum tidur, sapukan jus ini pada kawasan terjejas dan urut perlahan-lahan, biarkan semalaman. Pagi berikutnya, bilas muka dengan air suam. Ulang setiap hari.


4) Jus Oren
- vitamin C dari jus oren dapat membantu meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) dan mengurangkan tahap kolesterol jahat (LDL)
- caranya : minum 2-3 gelas jus oren segar setiap hari.

5) Badam
- badam dapat membantu mengurangkan kolesterol LDL di dalam tubuh dan membantu menghilangkan biji kolesterol.
- caranya : campur sedikit susu dan 1 sudu teh serbuk badam untuk dijadikan pes.  Sapukan pada kawasan terjejas dan biarkan kering. Ulang sekali setiap hari.
- alternatif : rendam 4-5 biji badam di dalam air pada waktu malam dan makan pada waktu pagi sebagai sebahagian dari sarapan.

6) Kurangkan lemak dan kolesterol dalam diet anda
- kurangkan jumlah makanan berlemak di dalam diet anda
- elakkan pengambilan karbohidrat yang berlebihan dan gula yang diproses.
- katakan tidak kepada makanan yang menyumbang kolesterol jahat seperti daging merah, produk tenusu tinggi lemak, kuning telur dan makanan yang diproses.
- lebihkan makanan yang kaya serat seperti kacang
- tambahkan menu oat di dalam diet anda

Petua Tambahan

1- Berusaha untuk kekalkan berat badan ideal
2- Berhenti merokok dan minum alkohol
3- Senaman sekurang-kurangnya 30 minit 5 kali seminggu untuk memperbaiki aliran darah dan memecahkan lemak yang terkumpul
4- Dapatkan ujian kolesterol berkala untuk mengawal kolesterol anda
5- Tambahkan supplemen yang bersesuaian di dalam diet anda (seperti minyak ikan)

SUPPLEMEN SHAKLEE UNTUK HILANGKAN BIJI KOLESTEROL


 Omega Guard
  • minyak ikan yang kaya dengan Omega-3
  • tinggi kandungan kolesterol HDL yang mana dapat menurunkan paras kolesterol jahat LDL
  • berfungsi untuk membawa kolesterol keluar dari saluran darah ke hati untuk disingkirkan
Garlic Complex
  • menurunkan paras kolesterol LDL, trigliserid dan kepekatan darah, kurangkan pembekuan darah, meningkatkan kolesterol HDL, melindungi jantung dan menghalang strok
  • stabilkan tekanan darah tinggi
Lecithin
  • kaya dengan 'polyunsaturated fat' yang berfungsi  menurunkan paras LDL dan meningkatkan paras HDL
  • mencegah lemak dari melekat pada dinding saluran darah
  • mengemulsi atau menguraikan lemak supaya tidak termendap di dalam tubuh badan 
Testimoni Pengguna Yang Menggunakan Set Kolestrol Shaklee:




 
Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ni?

Untuk pembelian terus, hanya klik butang E-SELL di bawah:
 https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c757db153bb444294ae503de6a9f192d


untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.



No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS