Pages

Tips Mengatasi dan Merawat Masalah Kulit Muka Kering

Wednesday, February 21, 2018

Kulit muka yang kering selalunya akan menyebabkan gatal dan mengelupas. Kadang-kadang sehingga menjadi terlalu tegang sehingga sakit bila disentuh.
Antara gejala lain untuk kulit kering adalah seperti kulit bersisik, mengelupas, kemerahan, wajah menjadi sebam bagi yang berkulit gelap, kulit kasar dan tegang sehingga berdarah. Di dalam entri ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana cara untuk mengatasi dan merawat masalah kulit muka kering dengan berkesan.


Punca Kulit Muka Kering

Kulit muka kering terjadi apabila kulit tidak mengandungi air dan minyak yang mencukupi. Kulit muka kering boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Ada di antara kita yang hanya mengalaminya pada waktu sejuk dan ada juga yang mengalaminya sepanjang masa.

Kulit muka kering juga boleh terjadi apabila:
- dalam perjalanan (travelling)
- tinggal di dalam iklim yang sejuk
- berenang di dalam air berklorin tinggi
- terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari

Kulit muka yang terlalu kering boleh menjadi lebih teruk sehingga merosakkan kulit. Kulit yang pecah boleh menyebabkan bakteria mudah masuk ke dalam badan dan menyebabkan jangkitan. Jika anda mengesyaki telah dijangkiti dan mempunyai gejala di bawah, sila berjumpa dengan pakar kulit secepat mungkin:
- kulit yang sangat kemerahan
- kulit terasa panas
- kulit muka bernanah
- kulit muka melepuh/melecur
- ruam
- demam

Cara Menghilangkan Kulit Muka Kering

1) Ubah cara mandian anda
- sekiranya boleh, elakkan mandi dengan air panas atau suam. Air panas boleh menyebabkan kulit menjadi kering dengan mengeluarkan minyak secara semulajadi.
- kurangkan masa mandi ke 5-10 minit. Ini untuk mengelakkan daripada pendedahan air berlebihan dan menyebabkan kulit menjadi lebih kering dari sebelum anda mandi.

2) Cuci muka dengan lembut
- Apabila memilih pencuci muka, pastikan tidak mengandungi bahan-bahan yang kuat seperti alkohol, retinoid, dan asid alpha hydroxy. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan kekeringan, keradangan dan kerengsaan kulit.
- Semasa mencuci muka, hanya gunakan hujung jari dan gosok dengan lembut. Elakkan menggunakan span atau kain yang kasar.
- Elakkan mencuci muka dengan kerap. Untuk kulit kering, seeloknya hanya mencuci pada waktu malam sahaja. Ini untuk membersihkan muka dari kotoran sepanjang hari dan mengelakkan kehilangan minyak yang diperlukan oleh kulit.
- Jangan gunakan scrub setiap hari, hanya sekali seminggu. Ini untuk mengelakkan kerengsaan yang boleh terjadi akibat scrub yang kasar.

3) Gunakan Pelembap
- gunakan pelembap sekerap yang mungkin, terutamanya selepas mandi untuk memastikan kulit mengekalkan kelembapan.
- pelembap yang digunakan pastilah tidak mengandungi aroma dan alkohol kerana ia boleh mendatangkan kerengsaan pada kulit. Gunakan pelembap yang mengandungi pelingdung matahari.

4) Lindungi wajah dari cuaca sejuk
- pendedahan kepada cuaca sejuk boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Gunakan selendang atau tudung untuk mengelakkan kulit menjadi terlalu kering.
- elakkan menggunakan kain yang kasar, dan cuci tudung / selendang anda dengan pencuci hypoallergenic yang bebas dari pewarna dan wangian.

5) Gunakan humidifier
- kelembapan yang rendah mungkin menjadi punca kulit anda kering. Gunakan humidifier di dalam bilik atau kawasan anda menghabiskan banyak masa.
- udara yang lembap akan mengelakkan kulit menjadi kering.
- pastikan humidifier anda mudah dibersihkan untuk mengelakkan pengumpulan bakteria.

Petua Merawat Kulit Kering Secara Alami

1) Aloe vera
- gel aloe vera dapat mengekalkan kelembapan dan meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin dalam kulit,
- membantu menangani psoriasis atau ekzema dan mempunyai sifat penyembuhan dan anti-radang.
- caranya:
  1- potong aloe vera dan keluarkan gel di dalamnya
  2- sapukan gel ini ke seluruh muka dan urut perlahan-lahan
  3- biarkan gel ini meresap ke dalam kulit
  4- ulang setiap malam sebelum tidur
 2) Minyak kelapa dara (virgin oil)
- membantu menambahkan kelembapan semulajadi kulit
- mengandungi asid lemak yang baik untuk menambahkan kuantiti minyak yg kurang
- caranya:
  1- sapukan minyak kelapa dara pada kawasan muka dan biarkan ia meresap ke dalam kulit.
  2- ulang 2-3 kali sehari.

3) Minyak zaitun
- mempunyai sifat pelembap yang menyihatkan kulit.
- kandungan polyphenols membantu menghalang kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV
- mempunyai sifat anti-radang yang membantu menghilangkan kegatalan dan kerengsaan dari kulit kering
-caranya:
  1- campurkan minyak zaitun dan minyak lavender
  2- sapukan campuran pada muka dan lap lebihan minyak dengan kain
  3- ulang setiap malam sebelum tidur

 4) Vaseline
- mengandungi jeli petroleum yang dapat mengekalkan kelembapan dan menghalang kehilangan air dari kulit.
- ia mungkin akan sedikit berminyak oleh itu hanya gunakannya pada waktu malam.
- lapik bantal anda dengan kain untuk mengelakkan bantal kotor
- caranya:
  1- ambil sedikit vaseline dan sapukan ke muka dan urut perlahan-lahan
  2- biarkan selama sejam dan lap muka dengan tisu atau tuala muka

5) Jus Tembikai
- tembikai mengandungi kandungan air yang tinggi dan kaya dengan vitamin yang bagus untuk kulit
- antioksidan di dalam tembikai dapat membantu memperbaiki kulit yang rosak dan melindungi dari sinaran UV
- caranya:
  1- campurkan jus tembikai dengan madu
  2- sapukan pada mukda dan biarkan 10 minit sebelum dibilas dengan air
  3- ulang 2 kali seminggu

 6) Baking soda
- berfungsi sebagai exfoliant (ejen pengelupasan) yang sangat bagus untuk menanggalkan sel kulit rosak dan mati
- pH baking soda meneutralkan dan memulihkan pengeluaran minyak optimum untuk kulit
- caranya:
  1- campurkan 1 sudu baking soda dengan 1 sudu minyak kelapa
  2- sapukan pada muka dan urut perlahan-lahan secara membulat
  3- gosok 2-3 minit dan bilas dengan air
  4- ulang 1-2 kali seminggu


TIADA MASA UNTUK AMALKAN PETUA? KAN LEBIH MUDAH MAKAN VITAMIN SAJE?

VITAMIN E
- bersifat antioksidan dan boleh bertindakbalas terhadap bahan kimia yang boleh menyebabkan kerosakan
- melindungi kulit dari radikal bebas yang dihasilkan dari sinaran UV
- memperbaiki struktur asas kulit, mengatasi masalah jerawat, kulit kering, kult berminyak dan mengurangkan parut

VITAMIN C
- merangsang pembentukan kolagen supaya kulit tegang dan sihat
- membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas jerawat dan parut

ESP 
- membantu menjadikan kulit lebih berseri dan anjal
- merangsang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan dan memudarkan parut

SET PENJAGAAN MUKA UNTUK KULIT MUKA KERING 

Untuk penjagaan luaran, anda disyorkan menggunakan Set Rangkaian Penjagaan Kulit Muka Youth yang mana ia bebas dari 1500 bahan kimia, 100% dihasilkan daripada bahan semulajadi dan diberi jaminan 10 tahun lebih muda.
Untuk lebih lanjut mengenai set Youth ini, anda boleh baca DI SINI


Oleh itu, anda mempunyai pilihan samada vitamin untuk dalaman atau set Youth untuk penjagaan luaran. Untuk makluman, set Youth akan berada di pasaran Malaysia bermula bulan Mac 2018.

BAGAIMANA NAK DAPATKAN PRODUK INI?

Untuk pembelian terus SET KULIT MUKA KERING, hanya klik butang E-SELL di bawah:
 https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c757db153bb444294ae503de6a9f192d
Manakala untuk mendapatkan Set Youth Skincare, sila klik di sini:
Terdapat dua set yang ditawarkan, iaitu Basic Set dan Premium Set.

 


untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.




No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS