Pages

9 Jenis Masker Homemade Untuk Kulit Cantik

Friday, February 23, 2018

Assalamualaikum,
Anda suka pakai masker tak? Kalau yang suka, mesti tahu kan masker ni banyak kegunaan untuk kulit muka.Tapi harga masker di pasaran agak mahal, apa kata kalau kita buat sendiri jer..sekarang ni semunya dah boleh home made sendiri, jadi dah boleh jimat duit dan tenaga untuk buat facial di spa. Di dalam entri ini saya akan kongsikan dengan anda 9 jenis masker yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.

#1 - Masker Pisang
Dah ada pisang, anda tak perlukan botox lagi!Betul...hanya gunakan pisang sebagai masker dan kulit anda akan menjadi lembap dan lembut bila disentuh.
Hancurkan sebiji pisang masak bersaiz sederhana sehingga menjadi lumat, kemudian sapukan ke seluruh muka dan leher. Biarkan selama 10-20 minit kemudian bilas dengan air sejuk.
Selain itu, anda boleh mencuba masker pisang bersama 1/4 cawan yogurt dan 2 sudu besar madu.

#2 - Masker Cuka
Cuka telah digunakan sebagai toner muka dari zaman dahulu lagi dan sehingga sekarang ianya masih lagi berkesan.
Selepas mencuci muka, campurkan 1 sudu besar cuka epal bersama 2 cawan air sebagai bilasan yang terakhir. Ini dapat mengetatkan kembali liang pori di muka.
Selain itu, campurkan 1/4 cawan cuka epal dengan 1/4 cawan air. Sapukan ke seluruh muka dan biarkan ia kering sendiri.

#3 - Masker Susu
Masker susu sangat mudah untuk anda lakukan di rumah. Campurkan 1/4 cawan susu tepung dengan sedikit air sehingga menjadi pes likat. Sapukan ke seluruh muka dan biarkan ia kering sepenuhnya kemudian bilas dengan air suam. Kulit anda akan terasa segar dan bermaya semula.

#4 - Masker Oat
Resepi masker lain yang mudah dan cepat. Campurkan 1/2 cawan air panas bersama 1/3 cawan oat meal. Biarkan selama 2-3 minit, kemudian campurkan 2 sudu besar yogurt asli, 2 sudu besar madu dan 1 biji telur putih.
Sapukan lapisan nipis ke muka dan biarkan selama 10-15 minit, kemudian bilas dengan air suam.

#5 - Masker Mayonis
Kenapa perlu habiskan duit jika anda boleh membuat masker sendiri dari bahan di dapur?
Hanya sapukan mayonis ke seluruh muka dan biarkan selama 20 minit dan lap serta bilas dengan air sejuk. Kulit akan terasa bersih dan lembut.

#6 - Masker Yogurt
Anda tidak perlu lagi pergi ke spa untuk rawatan muka yang cepat. Apa yang perlu dilakukan, bersihkan muka, sapu yogurt asli ke seluruh muka dan biarkan selama 20 minit.
Untuk lebih berkesan, campurkan 1 sudu teh yogurt asli dengan jus dari suku hirisan oren dan 1 sudu teh gel aloe vera. Biarkan campuran selama 5 minit di muka sebelum dibilas dengan air.

#7 - Masker Mustard
Sapukan mustard ke seluruh muka untuk mendapatkan kulit yang lembut dan berseri. Cuba dalam kuantiti sedikit dahulu untuk memastikan kulit anda tidak alah dengannya.


#8 - Masker Lemon
Anda boleh menghasilkan sendiri masker yang membantu untuk melembapkan dan menyingkirkan kulit mati di muka. Campurkan jus dari sebiji lemon dengan 1/4 cawan minyak zaitun atau minyak badam dan sapukan ke muka.

#9 - Masker Telur
Untuk lebih mudah, ambil sahaja sebiji telur dari peti sejuk anda! Jika anda mempunyai kulit kering, hanya tambahkan kelembapan dengan masker telur. Asingkan telur kuning dan putih,kemudian pukul sedikit telur kuning dan sapukan ke muka. 
Untuk kulit berminyak, gunakan telur putih dengan mencampurkan sedikit lemon atau madu.
Untuk kulit normal, gunakan keseluruhan telur. Pukul sedikit dan sapu pada muka dan biarkan selama 30 minit dan bilas. 

Tak Sempat Nak Buat Masker?
Tiada Masa?

Untuk anda yang terlalu sibuk dan tiada masa untuk menyediakan masker, anda mempunyai pilihan yang lain untuk mendapatkan kulit yang cantik dan awet muda. Yang pasti, cara ini adalah lebih mudah, cepat dan sangat berkesan!

Nak tahu caranya?

Amalkan sahaja Set Cantik dari Shaklee. Hanya makan mengikut kuantiti yang diperlukan dan lihatlah kesannya pada kulit wajah anda.

Untuk penjagaan dalaman, terdapat 2 set iaitu:


Vivix- menjadikan kulit kekal muda dan berseri. Bonus sekiranya anda mengamalkan vivix dengan konsisten, bukan sahaja kulit akan menjadi cantik malah anda juga akan memperoleh kesihatan di tahap optima kerana vivix sesuai untuk segala masalah serta pernyakit kronik.

Collagen Powder - produk ini amat berkesan untuk mengurangkan masalah kulit di wajah. Bukan sahaja mencantikkan kulit, malah Collagen Powder dapat membantu menyembuhkan sakit lutut dan sendi. Ia turut dapat merawat masalah kulit muka yang berlubang akibat dari bekas jerawat.


ESP - pelengkap kecantikan kerana mengandungi kandungan protein yang tinggi.  Protein akan membantu penghasilan kolagen di dalam badan dan memastikan kesihatan dan kecantikan kulit sentiasa terjamin.

Vitamin C - membantu menghasilkan kolagen di dalam badan. Ia turut membantu kulit mendapat tona yang sekata dan kulit akan menjadi lebih licin dan berseri. Bertindak sebagai antioksidan yang membantu menghalang kerosakan radikal bebas yang berpunca dari sinaran UV serta pencemaran.

Vitamin E - turut mengandungi anti-oksidan yang dapat membantu kulit menjadi lebih muda. Ia dapat menghilangkan parut dan mengatasi masalah bintik hitam serta jeragat di muka. Boleh dijadikan sebagai masker harian anda.

B Complex - mengandungi lengkap 8 jenis vitamin B. Bertindak sebagai anti-stress yang dapat mengawal hormon di dalam badan dan mengelakkan jerawat serta bintik hitam tumbuh di kulit muka.

SET PENJAGAAN KULIT MUKA YOUTH 
Manakala untuk perawatan luaran, Shaklee menawarkan Set Penjagaan Kulit Muka Youth yang akan dilancarkan pada bulan Mac 2018.
Set Youth adalah sesuai untuk semua jenis kulit, bebas dari 1500 bahan kimia terlarang, 100% diperbuat daripada bahan semulajadi dan Shaklee turut menawarkan jaminan 10 tahun lebih muda jika anda mengamalkannnya dengan konsisten.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Youth dan melihat testimoni dari pengguna yang telah mencuba, ada boleh baca di sini. Youth - Penjagaan Kulit Muka 100% Berkesan


Bagaimana Untuk Mendapatkan Produk-Produk Ini?


Untuk mendapatkan Set #1, anda boleh terus klik E-Sell di bawah:
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=bf96bfac056034dba4fd8ec23986949d
Untuk mendapatkan Set #2, anda boleh terus klik E-Sell di bawah:
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=45fc396a0bff9c4d9f8554e6cdaa578c

Manakala untuk mendapatkan Set Youth Skincare, sila klik di sini:
Terdapat dua set yang ditawarkan, iaitu Basic Set dan Premium Set.




untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.



No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS