Pages

8 Tips Untuk Mendapatkan Kulit Muka Cantik

Thursday, February 22, 2018

Assalamualaikum,
Setiap dari kita mengimpikan kulit yang licin, berseri serta tiada jerawat, dan sekarang anda boleh jadikannya sebagai kenyataan. Di entri ini saya akan berikan anda 8 tips yang terbaik bagaimana untuk mendapatkan kulit idaman anda. Perasaan gembira, sedih, stress serta tekanan dapat memberi kesan terhadap struktur kulit. Oleh itu, ikuti tips-tips yang akan diberikan agar dapat membantu anda dari segi penjagaan kulit yang betul dan berkesan.


Tips #1 - Cuci Muka Sebelum Tidur

Pastikan anda mencuci wajah dari sebarang solekan sebelum anda tidur. Kulit memerlukan masa rehat pada waktu malam. Solekan boleh menghalangnya, dengan menyebabkan liang pori di muka tersumbat yang akan menyebabkan timbulnya jerawat serta bintik hitam.
Tiada penanggal mekap? Tiada masalah, titiskan minyak zaitun di atas kapas muka dan dengan lembut sapukan ke seluruh muka. Ini dapat membantu menanggalkan solekan serta kotoran yang melekat di kulit muka.
Jangan lupa untuk menggunakan masker dan scrub sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk membantu kulit menanggalkan sel-sel kulit yang rosak dan mati.


Tips #2 - Matahari dan Kulit

Pastikan sentiasa menggunakan sunscreen sekurang-kurangnya SPF15 yang dapat menghalang sinaran UV. Cahaya matahari yang berlebihan akan menyebabkan kedutan, jeragat serta masalah kulit yang lain, jadi lindungi kulit anda secukupnya.

Jangan tinggalkan sunscreen walaupun cuaca mendung dan sejuk. Jika anda merancang ke pantai atau ke tempat yang bersuhu ekstreme seperti salji atau ais,gunakan sunscreen sekurang-kurangnya SPF30.

Tips #3 - Pemakanan Yang Sihat

Perhatikan apa yang anda makan. Makan buah-buahan segar, sayuran hijau, protein dan vitamin yang secukupnya. Diet yang kaya dengan vitamin C dan rendah lemak serta gula dapat menghasilkan kulit yang sihat dan berseri.

Jangan kerap makan makanan pedas serta makanan yang diperam, garam, buah-buahan masam serta makanan kering.

Tips #4 - Bersenam!

Bersenamlah selalu. Berlari, joging dan yoga dapat membantu pengaliran darah yang lancar  serta membantu proses penyingkiran toksin dari tubuh badan. Anda akan perasan yang kulit akan menjadi lebih bersinar selepas senaman. Tiada masa? cukuplah dengan sekadar berjalan sekitar kawasan rumah anda.

Jangan lupa penjagaan muka sebelum dan selepas bersenam. Gunakan toner sebelum senaman untuk mengurangkan pengeluaran minyak. Dan selepas senaman, le,mbapkan semula kulit anda dengan menyapukan minyak zaitun ke seluruh kulit muka.


Tips #5 - Tidur Yang Secukupnya

Cuba untuk dapatkan tidur 8 jam setiap hari. Jika anda tidak mendapat tidur yang cukup, kulit turut menjadi letih seperti tubuh badan. Jadi, jangan ambil risiko. Anda boleh menggunakan madu dan sapukan pada wajah 2 atau 3 kali seminggu untuk merawat kembali struktur kulit anda.

Jangan lupa untuk mencuci dan melembapkan kulit sebelum tidur. Untuk kulit kering, gunakan pencuci muka yang lembut dan tiada alkohol. Sapukan pelembap yang secukupnya dan elakkan mencuci muka dengan air suam kerana akan menyebabkan kulit bertambah kering.


Tips #6 - Air Sebagai Penyelamat

Pastikan badan anda mendapat bekalan air yang cukup. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari atau lebih. Makan buah-buahan dan sayuran yang tinggi kandungan air seperti tembikai, timun, oren, strawberi, belimbing dan jambu air.

Jangan lupa tentang kebaikan air mawar. Ia dapat membantu mengurangkan eyebag serta mengekalkan keseimbangan pH secara semulajadi dengan hanya menghidunya pada setiap pagi.


Tips #7 - Selamat Tinggal Jerawat

Pastikan anda mencuci muka 3 kali sehari, dan dengan lemah-lembut, urut kulit muka dalam gerakan membulat. Pastikan pencuci muka mengandungi asid alpha hydroxyl atau asid beta hydoxyl. Selepas mencuci, lap sehingga kering dan sapukan losyen mengandungi benzoyl peroxide. Benzoyl peroxide bagus untuk menghalang bakteria.

Jangan picit jerawat kerana ini hanya akan menyebabkan ia lebih membengkak, kemerahan dan meninggalkan parut. Terasa seperti jerawat akan timbul? Hanya cuci kawasan tersebut dengan air mawar dan letakkan uncang teh yang telah digunakan ke atas kulit selama 10 minit.
Jika anda memakai cermin mata, pastikan ia sentiasa bersih untuk mengelakkan liang pori di kawasan mata dan hidung tersumbat dengan kotoran.


Tips #8 - Amalkan Tabiat Yang Sihat

Ambil masa anda, elakkan dari stress atau tekanan sebanyak mana yang boleh. Mungkin anda perasan yang bila anda dalam keadaan stress kulit akan lebih mudah berjerawat. Ini kerana stress akan menggangu hormon di dalam badan yang akan menyebabkan kulit menjadi lebih berminyak. Uruskan stress dengan sebaik mungkin seperti senaman, yoga atau meditasi.

Jangan abaikan kawasan rahang dan leher. Hanya 5 minit sehari, amalkan beberapa senaman untuk menegangkan kulitmuka.



Supplemen Dalaman dan Luaran Untuk Kulit Cantik

Kekurangan vitamin di dalam badan turut menyebabkan kulit menjadi rosak, tidak sihat dan lebih tua dari usia sebenar  badan kita.
Untuk penjagaan dalaman, Shaklee menawarkan 2 set yang sangat berkesan untuk kecantikan kulit.

SET #1


Vivix- menjadikan kulit kekal muda dan berseri. Bonus sekiranya anda mengamalkan vivix dengan konsisten, bukan sahaja kulit akan menjadi cantik malah anda juga akan memperoleh kesihatan di tahap optima kerana vivix sesuai untuk segala masalah serta pernyakit kronik.

Collagen Powder - produk ini amat berkesan untuk mengurangkan masalah kulit di wajah. Bukan sahaja mencantikkan kulit, malah Collagen Powder dapat membantu menyembuhkan sakit lutut dan sendi. Ia turut dapat merawat masalah kulit muka yang berlubang akibat dari bekas jerawat.

SET #2


ESP - pelengkap kecantikan kerana mengandungi kandungan protein yang tinggi.  Protein akan membantu penghasilan kolagen di dalam badan dan memastikan kesihatan dan kecantikan kulit sentiasa terjamin.

Vitamin C - membantu menghasilkan kolagen di dalam badan. Ia turut membantu kulit mendapat tona yang sekata dan kulit akan menjadi lebih licin dan berseri. Bertindak sebagai antioksidan yang membantu menghalang kerosakan radikal bebas yang berpunca dari sinaran UV serta pencemaran.

Vitamin E - turut mengandungi anti-oksidan yang dapat membantu kulit menjadi lebih muda. Ia dapat menghilangkan parut dan mengatasi masalah bintik hitam serta jeragat di muka. Boleh dijadikan sebagai masker harian anda.

B Complex - mengandungi lengkap 8 jenis vitamin B. Bertindak sebagai anti-stress yang dapat mengawal hormon di dalam badan dan mengelakkan jerawat serta bintik hitam tumbuh di kulit muka.

SET PENJAGAAN KULIT MUKA YOUTH 
Manakala untuk perawatan luaran, Shaklee menawarkan Set Penjagaan Kulit Muka Youth yang akan dilancarkan pada bulan Mac 2018.
Set Youth adalah sesuai untuk semua jenis kulit, bebas dari 1500 bahan kimia terlarang, 100% diperbuat daripada bahan semulajadi dan Shaklee turut menawarkan jaminan 10 tahun lebih muda jika anda mengamalkannnya dengan konsisten.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Youth dan melihat testimoni dari pengguna yang telah mencuba, ada boleh baca di sini. Youth - Penjagaan Kulit Muka 100% Berkesan


Bagaimana Untuk Mendapatkan Produk-Produk Ini?


Untuk mendapatkan Set #1, anda boleh terus klik E-Sell di bawah:
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=bf96bfac056034dba4fd8ec23986949d
Untuk mendapatkan Set #2, anda boleh terus klik E-Sell di bawah:
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=45fc396a0bff9c4d9f8554e6cdaa578c
Manakala untuk mendapatkan Set Youth Skincare, sila klik di sini:
Terdapat dua set yang ditawarkan, iaitu Basic Set dan Premium Set.



untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.


No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS