Apa Itu Jeragat?
Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti pipi, dahi, hidung dan sekitar mulut. Tompok kecil ini selalunya berwarna lebih gelap dari kulit asal menyebabkan tona kulit anda menjadi tidak sekata.
Orang yang berkulit cerah selalunya jeragat berwarna coklat, manakala orang yang berkulit gelap jeragatnya berwarna hitam. Jeragat yang kecil lama kelamaan akan menjadi besar dan kemudian bercantum dengan jeragat yang lain sehingga memenuhi seluruh muka anda. Ini akan menyebabkan kulit menjadi lebih gelap dan kusam.
Punca Terjadinya Jeragat
1) Sinaran UV
- kulit mendapat warna tonanya yang tersendiri daripada pigmen yang dikenali sebagai melanin.
- melanin dihasilkan oleh sel yang dipanggil melanocytes yang terdapat dalam lapisan kulit dan dipengaruhi sepenuhnya oleh sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari.
- semakin lama kita terdedah kepada sinaran UV, semakin banyak melanocytes menghasilkan melanin.
- melanin berfungsi melindungi sel kulit daripada bahaya sinaran UV agar sel kulit tidak rosak.
- namun begitu, apabila sel melanocytes menjadi terlalu aktif, kulit akan mendapat lebih banyak pigmen melanin menjadikan sel kulit mudah berjeragat.
2) Usia
- jeragat sering terjadi seiring dengan peningkatan usia. Ini disebabkan oleh keupayaan badan untuk merawat sel kulit yang rosak semakin berkurangan.
- kulit manusia akan menghasilkan kolagen sendiri untuk merawat tisu atau sel kulit yang rosak.
- namun penghasilan kolagen akan berkurangan mengikut usia menyebabkan kulit mudah rosak terutamanya kepada individu yang tidak mengambil berat tentang penjagaan kulit.
3) Pengambilan ubat-ubatan
- ubat-ubatan yang mengawal hormon seperti pil perancang dan pil hormon thyroid turut menjadi punca pembentukan jeragat di wajah anda.
4) Pemakaian alat solek
- pemakaian alat solek yang tidak berkualiti dan murah mampu menyebabkan terjadinya jeragat.
- ini kerana sesetegah bahan yang digunakan dalam kosmetik boleh menghakis sel lapisan kulit serta melunturkan kulit anda,maka sinaran UV dari cahaya matahari boleh menembusi sel kulit dengan muda.
Walaupun begitu, jangan bimbang kerana jeragat tidak merbahaya dan sangat jarang sekali menyebabkan kanser kulit.
5 Petua Menghilangkan Jeragat Secara Semulajadi
1) Lemon
- lemon kaya dengan Vitamin C yang membantu mencerahkan bintik hitam serta membantu sel kulit menapis sinaran bahaya UV.
- vitamin C bertindak sebagai antioksidan menapis sinaran UV yang merbahaya daripada meresap ke dalam kulit.
- cara menggunakan lemon:
1- ambil sedikit jus lemon dan campurkan dengan 2 sudu besar madu dan sebatikan.
2- sapukan campuran ini ke atas bintik-bintik hitam di muka setiap malam sehingga bintik hitam hilang sepenuhnya.
2) Tomato
- tomato mengandungi sejenis antioksidan yang dipanggil lycopene.
- ia sangat berguna untuk menenangkan sel kulit yang terdedah kepada UV kerana lycopene mampu menyerap jauh ke dalam kulit dan mengekalkan kelembapan kulit di tahap maksimum.
- lycopene membantu kulit sentiasa "sejuk", lembap, tidak mengelupas dan menjadi gelap.
- cara menggunakan tomato:
1- ambil sebiji tomato dan buangkan kulitnya
2- hancurkan tomato dan sapukan ke seluruh wajah. Biarkan sehingga kering sebelum dibilas
3- amalkan sekerap yang mungkin untuk mendapatkan kulit yang segar sepanjang masa
3) Ubi Kentang
- ubi kentang mempunyai sejenis enzim yang dikenali sebagai catecholase, sejenis enzim yang baik untuk kulit
- enzim ini dapat mencerahkan bintik-bintik hitam, melembutkan kulit dan merawat parut di wajah.
- cara menggunakan ubi kentang:
1- parut sebiji kentang dan perahkan jusnya.
2- tambahkan jus lemon yang sama kadar dengan jus kentang tadi, sebatikan.
3- sapu campuran tadi pada bahagian yang berjeragat dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas.
4- lakukan dua kali seminggu.
4) Baking soda
-baking soda atau soda penaik adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit.
- ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit.
- cara menggunakan baking soda:
1- campurkan sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal.
2- sapukan pada kawasan yang berjeragat dan cuci selepas beberapa minit.
3- ulang 2 atau 3 kali seminggu
5) Betik
- betik mengandungi sejenis enzim yang dikenali sebagai papain.
- papain bertindak sebagai agen pengelupasan kulit mati yang sangat berkesan dan memberikan ruang untuk kulit menghasilkan sel yang lebih sihat tanpa sebarang cela.
- ia juga membantu masalah kulit kering dan menjadikan kulit begitu lembut dan halus.
- cara menggunakan betik:
1- campurkan betik yang dikisar dalam 2 sudu besar dengan 1 sudu besar gel lidah buaya, 1 sudu besar madu dan 1 sudu besar madu
2- sapukan campuran tadi ke kawasan berjeragat dan biarkan selama 20-30 minit dan bilas dengan air suam.
3- ulang setiap hari
NAK CARA YANG LEBIH MUDAH DAN MENJIMATKAN MASA?
Anda boleh mencuba kesemua 5 petua yang saya senaraikan di atas. Namun jika anda terlalu sibuk dengan urusan seharian, terdapat cara yang lebih mudah untuk anda menangani masalah jeragat.
Untuk menangani masalah ini, kita perlu kembali kepada punca penyebab masalah jeragat.
MINI PACK JERAGAT
1) GLA COMPLEX - membantu stabilkan hormon yang menjadi punca jeragat berlaku. Kandungan vitamin E dalam GLA juga sangat membantu memudarkan bintik hitam.
2) VITAMIN C - anti oksidan untuk merawat sel dari dalam dan memudarkan bintik hitam pada kulit muka. Vitamin C juga membantu pembentukan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit.
SET JERAGAT PREMIUM
3) COLLAGEN POWDER - mengembalikan kecerahan kulit secara menyeluruh dan sudah terbukti mampu memberi kesan seawal 8 minggu!
4) VIVIX - antioksidan terbaik untuk merawat sel dari dalam. Kesannya juga sangat pantas jika dibandingkan dengan mana-mana vitamin anti oksidan yang lain.
Saya pasti ada di kalangan kita yang telah melabur duit dan tenaga yang banyak untuk menghilangkan jeragat ini, namun ia masih kekal di kulit wajah.
Jadi, sekaranglah masa yang terbaik untuk anda mendapatkan produk yang diyakini BERKESAN, SELAMAT dan HALAL sebagai penyelamat kepada kulit wajah anda.
Tidak mustahil jeragat yang telah berpuluh tahun menumpang di wajah anda boleh hilang dengan SET JERAGAT SHAKLEE. Tidak percaya? Anda boleh lihat testimoni di bawah:
Testimoni Pengguna Menggunakan Produk Shaklee
Jeragat hilang dengan Collagen Powder
Jeragat hilang dengan Mini Pack Jeragat
Jeragat hilang dengan Mini Pack Jeragat
Jeragat hilang dengan Vivix
Jadi, tunggu apa lagi?Dapatkan produk ini segera!
Untuk membuat pembelian terus, anda hanya perlu klik E-SELL di bawah:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.
Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment