Di entri ini saya akan kongsikan tips-tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan rasa senggugut yang menggerunkan bagi sesetengah wanita.
Kenapa Senggugut Terjadi?
Semasa haid, kontraksi akan berlaku disebabkan proses meluruhkan dinding rahim.
Kontraksi ini menekan pembuluh darah yang mengelilingi rahim, sehingga memutuskan bekalan darah dan oksigen ke rahim. Sebagai tindak balas, rahim akan melepaskan bahan kimia yang menyebabkan rasa nyeri dan sakit.
Selain itu, tubuh turut mengeluarkan sejenis bahan kimia iaitu prostaglandin. Bahan ini akan memicu otot rahim supaya terus berkontraksi. Namun jika terlebih prostaglandin, ia akan menyebabkan berlakunya loya, cirit-birit dan sakit kepala.
7 Tips Untuk Menghilangkan Senggugut
1) Tuaman Panas
- Ini adalah cara yang paling mudah dan berkesan untuk hilangkan senggugut. Dengan bertuam, otot-otot yang sedang berkontraksi akan berasa lebih tenang dan relaks.
- Tuam sahaja di kawasan perut, pinggang, atau di mana sahaja menggunakan beg tuam khas.
- Namun jika tiada, gunakan sahaja botol yang berisi air panas.
2) Ambil Herba atau Supplemen
- Banyak petua orang lama yang disyorkan untuk mengurangkan senggugut.
- Antara yang popular ialah menggunakan halia. Caranya ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam untuk jadikan sebagai teh.
- Selain itu anda boleh juga dapatkan supplemen seperti magnesium, Vitamin D, dan juga minyak ikan yang kaya dengan Omega 3.
3) Jaga Pantang
- Untuk menghilangkan senggugut dengan cepat, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu diambil dan dielakkan
- Perlu diambil : buah-buahan, sayur-sayuran, dan makanan yang berserat tinggi. Snek seperti kekacang "cashew nut" dan "almond" juga amat sesuai kerana berprotein tinggi.
- Perlu dielakkan : makanan diproses dan berminyak, gula dan garam berlebihan, makanan berkafein dan tidak berkhasiat.
4) Minum Air Suam
- Air suam dapat membantu membuang toksin dalam badan dan membantu melancarkan peredaran darah
- Selain itu ia juga dapat memberi tenaga dan mengelakkan anda mengambil snek yang tidak berkhasiat kerana memberikan rasa "penuh".
- Ia juga dapat memberikan rasa kelegaan kepada otot rahim yang kejang.
5) Bertukar Kepada Cloth Pad atau Organic Pad
- Sesetengah wanita sebenarnya sensitif terhadap bahan kimia yang terdapat di dalam tuala wanita, tetapi mereka tidak menyedarinya.
- Sebagai alternatif, anda boleh menukar kepada cloth pad atau organic pad yang banyak terdapat di pasaran sekarang.
6) Pil Penahan Sakit
- Walaupun ramai daripada kita cuba mengelak untuk mengambil ubat, namun pil penahan sakit seperti panadol dapat menolong mengurangkan rasa senggugut yang teruk.
- Namun pastikan anda hanya mengambilnya pada dos yang betul agar tidak memudaratkan diri.
7) Aktifkan Diri
- Kalau asyik berkurung di dalam bilik, kita akan cenderung merasa emosi yang negatif. Stress akan memburukkan lagi keadaan kerana penghasilan hormon yang tidak seimbang.
- Oleh itu, cubalah keluar menghirup udara luar bersama keluarga atau rakan-rakan.
- Ini dapat membantu melancarkan darah dan boleh menghasilkan endorfin yang dapat mengurangkan sakit senggugut.
Supplemen Untuk Kurangkan Senggugut
GLA Complex
- wanita yang mengalami senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asid lemak yang penting) kepada GLA.
- Oleh itu pengambilan GLA tambahan dapat mengurangkan simptom senggugut
- Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.
Ostematrix
- sebelum haid bermula, paras bekalan kalsium akan berkurangan menyebabkan emosi menjadi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut.
- Oleh itu pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain.
B-Complex
- vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan dan ianya diperlukan oleh kelenjar andrenal
- vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal
- vitamin B12 dapat membantu meringankan tekanan dan menghindarkan anemia.
Testimoni Set Senggugut
Bagaimana Nak Dapatkan Set Senggugut?
Untuk pembelian secara terus menggunakan kad debit/kredit, sila klik E-Sell di bawah:
untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.
Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.
sepupu saya ada sengugut sampai menangis dia.. mmg tak boleh lupa time tu.. time tu plak balik kg sepupu..
ReplyDeletememang kesian dengan orang yang sengugut teruk ni. berguling-guling menahan sakit.
Delete