Pages

Penyakit Kencing Kotor - Punca dan Cara Mencegah

Sunday, March 4, 2018

Pernahkah anda terasa sakit atau pedih ketika ingin membuang air kecil?
Pernahkah anda terasa asyik mahu terkencing namun tiada atau sedikit sahaja air kencing yang dikeluarkan?
Ini mungkin terjadi disebabkan jangkitan pada saluran kencing atau dikenali sebagai kencing kotor. Mari kita lihat apa punca dan bagaimana untuk mencegah dari terkena penyakit ini.


Punca Kencing Kotor
Kencing kotor @ Jangkitan Saluran Kencing (UTI) adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli). Bakteria ini menyebabkan:

  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing dikenali sebagai sistitis. 
  • Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran kencing atau jangkitan pada buah pinggang dikenali pielonefritis.
  • Keradangan uretra atau uretritis. 

Tanda-tanda Masalah Kencing Kotor
  1. Pedih semasa kencing
  2. Kerap kencing
  3. Tidak dapat mengawal kencing
  4. Kerap kencing malam
  5. Sakit bahagian pundi kencing
  6. Kencing keruh / berdarah / berbau
  7. Radang buah pinggang akut
  8. Demam, sejuk dan menggigil
  9. Sakit belakang bahagian buah pinggang
  10. Loya dan muntah
  11. Gejala radang pundi kencing
  12. Renjatan septik - perubahan mental dan keliru, hilang selera, tekanana darah rendah, sejuk dan berpeluh hujung anggota. 

Siapa Yang Berisiko Terkena Kencing Kotor
Beberapa faktor risiko yang menyebabkan kencing kotor adalah:

  • Wanita. Wanita mempunyai risiko untuk mendapat kencing kotor yang lebih berbanding lelaki. Ini kerana salur buang air kecil wanita adalah lebih pendek berbanding lelaki dan ia lebih dekat dengan tempat buang air besar. Oleh itu, kuman mudah untuk masuk ke dalam saluran tersebut
  • Perempuan mengandung.
  • Pekerja seks
  • Mengalami masalah pundi kencing
  • Mempunyai masalah sistem imun sebagai contoh dalam pesakit HIV dan kencing manis
  • Mempunyai masalah batu karang
  • Wanita berumur
  • Neurogenic bladder disorder. Masalah pundi kencing yang tidak boleh dikawal disebabkan saraf tunjang yang bermasalah. Ia menyebabkan sedikit air kencing terkumpul dalam pundi kencing dan ia menyediakan tempat yang sesuai untuk bakteria membiak

Komplikasi Kencing Kotor
Terdapat beberapa komplikasi yang boleh dihadapi oleh pesakit yang mengalami jangkitan kuman pada tempat buang air kecil. Ianya adalah:
  • Orhcitis: Jangkitan kuman pada testis
  • Pyelonephritis: Jangkitan kuman pada buah pinggang
  • Sepsis: Jangkitan kuman yang merebak dalam darah. Ia juga dikenali sebagai urosepsis
Cara Mencegah Kencing Kotor

1) Banyak Minum Air
  - minumlah air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari sehingga air kencing mejadi jernih. 

2) Jangan Tahan Kencing
  - terus buang air kencing jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang kencing akan menggakkan pembiakan bakteria dalam pundi kencing. 

3) Jaga Kebersihan Alat Sulit
  - selepas membuang air kecil, pastikan mengelap dari depan ke belakang untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke saluran kencing. Basuh tangan sebelum dan selepas mencuci alat sulit. 

4) Guna Pakaian Longgar 
  - Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam daripada kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat. 

5) Buang air kencing sebelum dan selepas hubugan seks
  - Untuk mengelakkan jangkitan, anda dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks. 

6) Tukar tuala wanita dengan kerap
  - tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika telah kotor. Gunakan panty liner jika mengesan tanda keputihan supaya kebersihan lebih terjaga. 

7) Kurangkan kafein
  - kurangkan makan makanan manis atau minum air yang mengandungi kafein

8) Ambil vitamin C
  - amalkan pengambilan vitamin C yang mencukup sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman, terutamanya jika anda cenderung terkena jangkitan seperti demam. 


Rawatan Penggunaan Antibiotik
Terdapat beberapa pesakit sahaja yang perlu diberikan antibiotik
  • Pesakit yang mempunyai simptom kencing kotor
  • Pesakit yang tidak mempunyai simpton air kencing tetapi sedang mengandung

Rawatan Alternatif Untuk Kencing Kotor 


GARLIC COMPLEX
- Bertindak sebagai antibiotik secara semulajadi
Menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman dan virus
- Menghalang bakteria daripada jangkitan kerongkong, telinga, perut memulas, cirit birit, bronkitis, luka, jangkitan yg berulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut , dada dan saluran kencing

VIT C PLUS 
- Meningkatkan imun sistem. 
- Bersifat asid jadi menjadikan air kencing berasid dan mencegah pertumbuhan bakteria dalam saluran kencing

ALFALFA
- Dipercayai sebagai tumbuhna terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
- Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang
- Mampu merawat masalah dalaman wanita terutamanya yang telah menjalani proses bersalin



Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ini?

Anda boleh dapatkan set Kencing Kotor ini dengan hanya satu KLIK di bawah:



Untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.


Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.



No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS