Pages

Tips Penjagaan Luka Caesar Agar Cepat Sembuh

Friday, March 9, 2018

Kaedah bersalin secara pembedahan selalunya akan dilakukan jika terdapat masalah berkaitan kandungan. Ianya mungkin amat berisiko kepada ibu dan bayi jika diteruskan bersalin secara normal. Kebiasaannya pembedahan caesar akan dilakukan pada minggu ke 38 kehamilan. Bagi ibu-ibu yang pertama kali melahirkan atau pertama kali bersalin secara pembedahan, pasti banyak persoalan mengenai bagaimana cara penjagaan yang betul dan memastikan luka caesar cepat sembuh.


Apakah Pembedahan Caesarean?

Pembedahan caesarean (atau dikenali sebagai c-section) adalah pembedahan di mana pakar obstetrik (perbidanan) membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi selamat dilahirkan. Pembedahan ini adalah yang paling besar bagi kalangan wanita.

Keadaan Yang Memerlukan Pembedahan

Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan ibu tidak boleh melahirkan secara normal dan perlu melalui pembedahan, iaitu:
  1. Plasenta previa - plasenta terlalu dekat dengan serviks sehingga menutup jalan laluan kelahiran
  2. Plasenta luruh - terpisahnya plasenta dari dinding rahim yang terjadi sebelum waktu bersalin tiba.
  3. Kehamilan songsang- Posisi yang paling biasa extended breech di mana kedua-dua kaki terletak lurus dengan buku lali berada di sebelah kepala bayi.
  4. Tali pusat jatuh - tali pusat terkeluar melalui serviks dan vagina sebelum bayi dilahirkan.
  5. Bayi lemas (fetal distress) -kekurangan oksigen pada bayi dalam kandungan.
  6. Bukaan lambat - biasanya dikaitkan dengan posisi bayi, kontraksi yang lemah, dan saiz pelvis ibu yang kurang sesuai.
  7. Ulangan/ repeat caesarian 
  8. Masalah kencing manis/ darah tinggi- Darah tinggi boleh menyebabkan plasenta tidak dapat menyalurkan jumlah darah dan oksigen yang cukup untuk bayi.diabetesberkemungkinan mempunyai saiz bayi yang besar
  9. Masalah tumbesaran bayi - pembesaran terbantut (IUGR) kebanyakannya mempunyai masalah mudah lemas semasa bersalin.
  10. Bayi kembar

Risiko Luka Caesar Tidak Sembuh


Proses penyembuhan luka pembedahan caesar adalah lebih lama berbanding luka bersalin normal. Kebiasaannya ia mengambil masa selama 3-4 minggu untuk sembuh, namun ia boleh menjadi lebih lama jika terdapat jangkitan pada bekas luka tersebut.
Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh terjadi jika luka pembedahan tidak dijaga dengan sempurna, sepertu luka berdarah, luka menjadi gatal, keluar nanah dari tempat caesar, bahkan ada yang sehingga luka terbuka semula.

Terdapat beberapa penyebab yang boleh menyebabkan luka caesar terbuka semula:
  1. Terdapat jangkitan
  2. Kurang nutrien (terutamanya protein untuk pertumbuhan kulit)
  3. Ibu mempunyai diabetes
  4. Mengangkat benda/beban yang berat
Tips Penjagaan Luka Caesar


1. Banyakkan minum air masak.
- Ibu -ibu disarankan minum sekurang-kurangnya 3 liter air masak sehari. Untuk pastikan luka cepat sembuh perlu minum air yang banyak, secara tak langsung boleh menambahkan air susu

2. Elak membuat kerja berat
- Untuk ibu yang baru bersalin secara pembedahan, dilarang melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat air dan sebagainya. Elakkan memberi tekanan kepada perut jika hendak luka cepat sembuh.

3. Rehat secukupnya
- Ini adalah yang paling penting. Ibu -ibu yang bersalin caesar selalunya akan berasa lenguh di bahagian belakang dan kaki disebabkan kesan daripada ubat bius. Disebabkan itu, ibu-ibu perlu mendapatkan rehat yang secukupnya terutaman 2 minggu pertama selepas bersalin.

4. Jaga pemakanan
- Ibu-ibu perlu memastikan pemakanan yang berkhasiat sepanjang tempoh berpantang. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan (elakkan yang tajam seperti nenas).

5. Jaga luka pembedahan
- Perlu pastikan kawasan luka pembedahan dijaga dengan rapi agar cepat sembuh. Selepas mandi, lap kawasan luka sehingga kering menggunakan kain khas (seperti kain lampin).

6. Terus berjumpa doktor
- Jika ibu-ibu merasa sakit yang teramat sangat pada tempat pembedahan, sila berjumpa dengan doktor segera. Jika terdapat kemerahan pada tempat luka, terasa denyutan teramat sangat pada perut, terdapat luka besar pada tempat caesar atau kelihatan terbuka, sila dapatkan rawatan dengan secepat mungkin.


Bagaimana Vivix Membantu Menyembuhkan Luka Caesar?

1.Vivix adalah sumber anti-oksidan dan mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi membantu dalam penyembuhan luka pembedahan ibu-ibu.

2. Vivix membantu membaiki sel-sel hingga ke peringkat DNA lagi. Ia akan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat dan panjang jangka hayatnya. 

3. Dalam kandungan Vivix juga, terdapat penjana tenaga yang dipanggil Mitochondria. Mitochondria membantu memberi tenaga yang ibu-ibu perlukan semasa berpantang. Sebab itulah ibu yang ambil Vivix semasa berpantang nie cepat sihat dan bertenaga!

4. Disebabkan Vivix membantu dalam melambatkan proses penuaan dalam badan, ibu berpantang yang mempunyai kulit kusam dan tak bermaya, menjadi bertambah cantik berseri. 

Testimoni Pengguna

  


Macamana Nak Dapatkan Produk Ini?

Untuk pembelian Vivix secara terus menggunakan kad debit/kredit, sila klik E-Sell di bawah:


untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.




No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS