Masalah perut buncit ni sebenarnya bukan hanya terjadi pada kaum lelaki sahaja, malahan kaum perempuan pun ada yang buncit. Gejala ni boleh menyebabkan seseorang itu berasa rendah diri dan malu dengan masyarakat sekeliling.
Jom kita lihat macamana anda boleh hilangkan perut buncit itu dengan cara yang mudah dan pastinya selamat.
Kenapa Perut Buncit?
Punca utama perut menjadi buncit adalah kerana:
1) Tahap Pencernaan Yang Lemah
- Mengikut Dr Webster, perut bertugas untuk menyerap zat dari makanan, menyingkirkan sisa dan membuang toksik melalui dubur.
- Bila tahap pencernaan lenah, kesan sampingan perut menjadi buncit dan gemuk.
- Bila makanan tak dicernakan dengan sempurna, ia tidak boleh diserap dan membentuk kerak.
- Kerak yg semakin tebal akan buatkan perut jadi buncit
2) Tahap Metabolisme Rendah
- Metabolisme ialah proses menukar makanan kepada tenaga. Semakin meningkat usia, metabolisme akan berkurangan.
- Jadi makanan tak ditukar kepada tenaga tetapi disimpan sebagai lemak.
- Lemak-lemak ni akan terkumpul di perut, pinggang dan peha. Perut akan menjadi buncit.
Selain dari 2 punca utama di atas, perut buncit juga boleh terjadi akibat:
- Keturunan
- Tabiat pemakanan dan cara makan yang tidak sihat
- Penyakit
- Stress
- Perubahan hormon
- Pengambilan karbohidrat secara berlebihan
- Tabiat tidur selepas makan
- Kurang bersenam
Tips Menghilangkan Perut Buncit
1) Elakkan Minuman Berkarbonat
Apabila anda minum minuman berkarbonat, anda juga sebenarnya "menelan" buih karbon dioksida, dan udara tambahan itu berada di dalam perut yang mana boleh menyebabkan perut menjadi buncit.
Selain itu, minuman berkarbonat juga boleh menyebabkan berat badan anda bertambah dan risiko penyakit jantung, jadi katakan tidak kepada minuman berkabonat sekarang!
2) Minum Air Lemon Kosong
Setiap pagi sebelum anda bersarapan, minumlah segelas air lemon kosong yang tidak dicampurkan gula. Ini baik untuk menyingkirkan sisa-sisa asid dan makanan yang tertinggal di dalam perut anda. Selain daripada menjadi minuman detox untuk nyah toksin dalam badan, ia juga dapat menghilangkan masalah perut buncit yang dihadapi.
wahhh minum air lemon yer
ReplyDeletebagus tips nih
Yer..boleh try amalkan pagi2..
Delete