Jadi bila saya dapat tahu yang Shaklee ni MLM, terkejut juga pada mulanya. Rasa meyesal pun ada sebab saya ni memang anti dengan MLM. Tapi bila diselidik dan dari maklumat yang dijumpai, ternyata Shaklee bukanlah MLM durjana macam di luar sana tu. Shaklee walaupun berteraskan MLM, namun konsep perniagaannya adalah mematuhi syarat-syarat di dalam perniagaan Islam dan mematuhi kehendak syariah.
Berikut adalah kriteria-kriteria MLM patuh syariah yang digariskan oleh Ustaz Zaharuddin.Artikel penuh boleh dibaca DI SINI.
10 Syarat Perniagaan Yang Mematuhi Syariah
1) Produk
Produk yang dijual perlulah nyata, boleh dilihat, berkualiti, bermanfaat kepada penggunanya dan semestinya Halal.
Shaklee memenuhi kriteria ini. Produk Shaklee dihasilkan dengan bersungguh-sungguh, kualitinya amat terkawal, selamat digunakan dan mempunyai sijil halal yang diiktiraf Jakim Malaysia.
Produk Shaklee juga dihasilkan dengan menggunakan kepakaran saintis bertaraf dunia dan Shaklee sendiri sanggup melabur berbillion ringgit untuk memastikan kualiti produknya berada di tahap tertinggi.
2) Harga Tinggi Dari Biasa
Harga produk mestilah bersesuaian dengan kualiti produknya.
Harga produk Shaklee sebenarnya tidak mahal, kerana kuantitinya yang banyak dan terjamin kualitinya.
Sebagai contoh, salah satu produk terhangat iaitu Vitamin C Plus. Sebotol mengandungi 180 biji hanya berharga RM97.50 iaitu lebih kurang RM0.54 sebiji. Sangat berbaloi kerana sebotol boleh bertahan sehingga 3 ke 6 bulan.
3) Produk Bukan Berasaskan Emas dan Perak
Shaklee adalah perniagaan berasaskan supplemen atau makanan tambahan (Vitamin).
Selain itu Shaklee turut menawarkan set penjagaan muka dan pembersihan rumah.
4) Komisen Yang Diberi Mestilah Jelas
Setiap pengedar perlu mengetahui dengan jelas tentang keuntungan dan komisen yang bakal diperoleh.
Di dalam Shaklee, syarikat telah menetapkan bahawa setiap barangan mempunyai keuntungan runcit sekitar 20-25%. Manakala komisen dari usaha keras juga telah dinyatakan dengan jelas iaitu dari peringkat 5% - 21%.
5) Tiada Syarat Minima Untuk Mendaftar Ahli
Shaklee tidak memaksa penggunanya untuk menjadi ahli atau pengedar. Kebanyakan ahlinya adalah datang dari pengguna yang telah merasai sendiri kebaikan produk Shaklee.
Ada juga yang secara tidak sengaja menjadi ahli apabila membuat pembelian melebihi 200UV.
Untuk mereka yang berminat menjadi ahli juga harga pendaftaran adalah sama iaitu RM68.90 dan harga pos RM10.60.
Manakala renew tahunan sebanyak RM30 dikenakan untuk semua ahli untuk membendung ahli yang tak aktif, yang langsung tak buat pembelian sepanjang tahun. Namun RM30 ini akan ditukarkan kepada e-voucher yang boleh digunakan untuk membeli barangan Shaklee.
6) Komisen Bukan Berdasarkan Bilangan Tajaan/ Kepala
Untuk setiap pendaftaran ahli baru di dalam Shaklee, pengedar tak akan mendapat satu sen pun dari duit pendaftaran. RM68.90 adalah harga untuk starter kit yang berisi maklumat perniagaan dan produk dan ianya akan dipos terus kepada ahli baru.
7) Tidak Menggunakan Sistem Piramid
Tiada istilah siapa daftar dulu dialah yang diatas selamanya.
Di dalam Shaklee, ranking akan diberikan kepada yang rajin berusaha sahaja. Disebabkan itulah ada Downline yang dapat memintas Upline di dalam ranking dan mendapat bonus yang lebih banyak.
8) Upline Perlu Mencurahkan Usaha Atas Jualan Downline
Yang ini sangat penting untuk mematuhi syariah.
Yang dimaksudkan di sini ialah Upline perlu terlibat di dalam menaikkan jualan dowline. Upline perlu mengadakan taklimat, motivasi dan teknik berkempen yang bersesuaian untuk Dowline.
Atas usaha-usaha ini barulah Upline tersebut layak untuk mendapat komisen dari jualan Downline dan dapat mengelakkan syubhah.
Di dalam bisnes Shaklee, seorang downline itu layak mendapat komisen Downline sehingga ke level 6, jadi dia wajib untuk membimbing downlinenya hingga ke level 6.
Dan di dalam Shaklee, kebanyakan tunjur ajar diberikan melalui online serta offline.
9) Komisen Dan Bonus Yang Telus
Pengiraan komisen dan bonus perlulah telus dan dapat difahami setiap ahli untuk mengelakkan sebarang penipuan.
Di awal pendaftaran, starter kit akan dibekalkan kepada ahli baru berserta dengan manual perniagaan. Setiap promosi atau tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu akan di sebarkan melalui online (di dalam website) dan offline (pamplet dan surat pekeliling).
10) Menstruktur Plan Pemasaran Di Antara Ahli Dan Orang Bawahannya Secara Musyakarah
Setiap ahli perlu mengetahui mengenai perkongsian untung rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian yang ditetapkann di perigkat awal lagi.
Setiap pendaftaran baru, nisbah perkongsian dan keuntungan di dalam bisnes Shaklee telah dijelaskan dengan jelas di dalam manual.
Okay, diharap semua dah jelas kan, yang bisnes Shaklee ni adalah MLM yang mematuhi kehendak syariat. Jangan samakan Shaklee dengan MLM-MLM lain yang mengamalkan konsep penindasan kepada ahlinya.
Inginkan maklumat lanjut tentang ini? Atau berminat untuk menyertai Shaklee? Hubungi :
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment