Pages

Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Shaklee?

Friday, March 23, 2018

Saya pasti ramai di kalangan anda yang masih mencari-cari bagaimana untuk menjana pendapatan tambahan untuk membantu keluarga dan diri sendiri. Terdapat banyak peluang perniagaan di luar sana yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Namun, hari ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana caranya untuk anda menjana pendapatan lumayan melalui bisnes Shaklee.


Kenapa Perlu Pilih Shaklee?

Bak kata Dr Azizan Osman, untuk langkah pertama pilihlah perniagaan yang rendah risiko, rendah modal dan tinggi peluang untuk berjaya. 

Kesemua kriteria ini terdapat dalam bisnes Shaklee, maka ianya menjadi pilihan tepat untuk sesiapa yang baru berjinak-jinak untuk memulakan bisnes.

Jadi Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Shaklee?



Langkah Pertama : Cari Group Shaklee Yang Betul

Setiap group berlainan caranya. Macam group Celik Vitamin yang saya pilih, kesemua ahli-ahlinya sangat aktif dan saling bantu membantu. Pengasasnya adalah dari kalangan orang-orang biasa tetapi usahanya sangat luar biasa sehingga mampu ke peringkat tertinggi iaitu Master Coordinator. Melalui kepimpinan dan sokongan yang berterusan, pastinya akan membantu anda dalam mencapai impian di dalam bisnes Shaklee.

Langkah Kedua : Daftar Ahli Dengan Pengedar Yang Komited

Kalau nak berbisnes Shaklee, anda perlulah menjadi ahli Shaklee dahulu. Tapi nak daftar dengan siapa?

-Jawapannya pilihlah pengedar Shaklee yang komited dan aktif. Perhatikan Facebook dan blog mereka. Selalu update atau suam-suam kuku?
Penting untuk anda mendaftar dengan orang yang betul, kerana bak kata pepatah, kalau nak mencari guru, carilah guru yang boleh mengajar kita sehingga berjaya.


Antara tips memilih "guru" Shaklee yang anda boleh cuba:

1) Pilih pengedar yang anda rasa bagus, dan belilah produk daripadanya. Tak perlu beli banyak, sekadar cukup syarat sahaja sudah memadai.
                                    ⤵
2) Perhatikan bagaimana cara layanan pengedar tersebut. Jika dia seorang yang mesra, pantas dan sistematik, serta layanan selepas jualan juga bagus, mungkin "guru" yang anda cara telah ditemui.
                                   ⤵
3) Interaksi yang bagus diantara anda dan pengedar yang bakal bergelar Upline anda perlulah bagus untuk memastikan anda senang belajar dan menuntut ilmu darinya kelak.

Dah tiba masanya untuk anda mendaftar ahli. Bagaimana nak daftar?

1) Daftar keahlian dengan yuran RM80 (Semenanjung Malaysia) dan RM90 (Sabah & Sarawak)
2) Daftar percuma dengan pembelian produk minima 200 uv point (RM700)

Apabila anda telah mendaftar ahli, secara automatik anda layak membeli barangan Shaklee dengan harga ahli dan berpeluang menikmati ganjaran-ganjaran hebat daripada Shaklee. Setiap pendaftaran baru, Shaklee akan bekalkan anda starter kit member yang mengandungi banyak maklumat berkaitan produk di dalamnya.

Langkah Ketiga : Kutiplah Ilmu dan Selalulah Bertanya

Tidak kiralah samada anda nak mulakan bisnes ini secara online ataupun offline, penuhkanlah dada dengan pengetahuan mengenai produk-produk Shaklee. Jangan berat mulut untuk bertanya dan pastikan hubungan anda dengan Upline sentiasa terjalin erat. Jadikan upline sebagai role model dan ikutlah segala petunjuk dan panduan yang diberikan.
Bina hubungan yang mesra dengan pelanggan dan berikan konsultasi yang betul dan terbaik.



Tak susah kan nak mulakan bisnes Shaklee? Ayuh bertindaklah segera, jangan tunggu tunggu lagi.
FAST ACTION..FAST RESULT...Sebelum orang lain ambil peluang ini, pastikan anda yang rebut dahulu!! Jom kita sama-sama menjana pendapatan lumayan dengan bisnes Shaklee.

Jika anda berminat untuk menyertai kumpulan saya iaitu Celik Vitamin Group, hubungi saya segera di talian di bawah:

Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.




No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS