Pages

Punca Rambut Gugur Di Usia Muda

Friday, March 2, 2018

Rambut saya dah makin nipis, macamana ni? Banyaknya rambut di sikat saya....
Sebenarnya setiap kali rambut gugur, ianya pasti akan tumbuh semula. Adalah normal apabila 40 hingga 150 helai rambut tercabut atau gugur setiap hari. Namun yang menjadi masalah sekarang apabila terlalu banyak rambut yang gugur dan rambut yang tumbuh semula semakin nipis dan rapuh. Masalah ni bukan sahaja terjadi pada golongan tua, namun boleh dihidapi golongan muda termasuklah remaja. Jom kita lihat apa penyebab dan punca rambut gugur di usia muda.

Ramai orang menganggap rambut gugur hanya berlaku pada golongan orang tua..betul tu...tapi sebenarnya rambut gugur dan menipis boleh berlaku pada sesiapa sahaja lelaki atau wanita, tua ataupun muda.
Malahan, dianggarkan 40% dari lelaki akan menyedari kehilangan rambut pada usia 35 tahun, dan hampir 40% wanita akan menyedarinya pada usia 40 tahun.


Apa Yang Perlu Dilakukan

Mengambil berat tentang kesihatan rambut serta corak pertumbuhannya adalah langkah utama dalam menangani masalah rambut gugur.
Cuba perhatikan, banyak tak rambut melekat di sikat? banyak tak rambut di atas bantal? Pemerhatian seperti ini penting untuk mengenalpasti jika anda keguguran rambut lebih dari kebiasaan.

Bagi golongan lelaki, kehilangan rambut bermula samada kawasan tepi kepala atau pun bahagian tengah kepala.

Manakala golongan wanita pula, rambut akan menipis secara keseluruhan dan kelemumur juga akan menjadi lebih banyak.

Benar atau Salah

Benar / Salah : Rambut gugur disebabkan keturunan
BENAR. Keturunan boleh menjadi sebab anda kehilangan rambut. Simptom ini dipanggil sebagai Alopecia Androgenetic, boleh terjadi kepada lelaki dan wanita. Ia akan terjadi apabila folikel rambut gugur, dan rambut baru yang tumbuh menggantikannya lebih nipis dari yang sebelum. Folikel rambut semakin menipis dan akhirnya rambut berhenti dari tumbuh semula.

Benar / Salah : Kerap syampu menyebabkan rambut gugur
SALAH. Ramai beranggapan bila bersyampu rambut akan gugur lebih dari kebiasaan.

Benar / Salah : Hormon Testosteron yang lebih tinggi menyebabkan rambut gugur
HAMPIR BENAR. Jika akan mempunyai genetik rambut gugur, folikel rambut akan lebih sensitif terhadap DHT, iaitu satu hormon yang terhasil dari testosteron. Jika testosteron penyebab tunggal rambut gugur, kesemua rambut yang terdapat di badan juga akan gugur.

Benar / Salah : Pakai topi boleh menyebabkan rambut gugur
SALAH : Topi atau tudung tidak akan menyebabkan rambut gugur

Benar / Salah : Cahaya matahari boleh menyebabkan rambut gugur
HAMPIR SALAH : Sinaran UV tidak akan mengganggu folikel rambut, namun pendedahan yang terlalu lama akan menyebabkan rambut rosak dan rapuh.

Fakta Mengenai Rambut Gugur

1) Seorang dari 4 orang wanita akan mengalami keguguran rambut, dan hampir 95% daripadanya mengalami alopecia andogenetic. Secara purata, wanita berumur 25 ke 35 tahun akan berdepan masalah rambut gugur.

2) Pada usia 35 tahun, hampir 66% lelaki akan berdepan rambut gugur, dan pada usia 50 tahun hampir 85% daripanya akan menjadi botak. Dan kebanyakan lelaki akan mula menyedari kehilangan rambut di usia 21 tahun.

Punca Rambut Gugur Di Usia Muda


1) Diet Tak Seimbang
- Diet ekstreme, kehilangan berat badan serta kandungan zat besi yang rendah mengapa rambut mudah gugur. Pastikan makan makanan berkhasiat dan selalu bersenam untuk mengelakkan masalah kehilangan rambut.

2) Penyakit- Penyakit seperti tiroid dan lupus, antara penyebab kepada rambut gugur. Jika anda perasan simptom-simptom lain selain rambut yang semakin menipis, sila berjumpa doktor segera untuk mengetahui puncanya.

3) Ubat-ubatan
- ubat-ubatan yang menggangu hormon seperti pil perancang turut boleh menyebabkan masalah rambut gugur. Keadaan ini sama jika anda menghidapi alopecia androgenetic, namun rambut gugur ini boleh diselesaikan jika anda menukar pil perancang yang lain atau berhenti menggunakannya.

4) Faktor Genetik
- kehilangan rambut di kalangan lelaki kebanyakannya disebabkan oleh masalah keturunan yang dipanggil alopecia androgenetic.

5) Tekanan

6) Cara hidup yang tidak sihat
- tidak bersenam, merokok, minum arak antara punca rambut anda semakin menipis. Amalkan gaya hidup yang lebih sihat dan teratur untuk menangani masalah ini.

Supplemen Untuk Mengatasi Rambut Gugur




Penjagaan dalaman
  • ESP
  • B complex
  • Vitalea
Penjagaan Luaran

  • Revitalizing Shampoo
  • Lightweight Conditioner
  • Nourishing Scalp Treatment
1) Revitalizing Shampoo
  • Melebatkan rambut terutama yang mula botak
  • Memberi keseimbangan pada kulit supaya tidak berlaku masalah kulit kepala kering atau terlalu lembap
  • Melicinkan rambut
2) Lightweight Conditioner
  • Menjadikan rambut sihat, lebih berkilat, dan makin lebat
  • Melembapkan rambut dan tidak melekit
3) Nourishing Scalp Treatment
  • Merupakan serum bagi mengatasi hampir semua masalah rambut anda.
  • Melindungi rambut anda daripada pencemaran persekitaran yang tidak bersih
  • Tidak perlu dibilas setelah digunakan
  • Rambut anda tidak akan berminyak dan tidak melekit
BAGAIMANA NAK DAPATKAN PRODUK NI?
Untuk membuat pembelian terus menggunakan debit/kredit kad, sila klik di bawah:





untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.




2 comments:

  1. alhamdulillah rambut saya masih tak ada masalah nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..cuma kena pastikan penjagaan yg sempurna ye

      Delete

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS