Pages

Punca Bayi Susah Tidur dan Tips Menyelesaikannya

Monday, March 26, 2018

Waktu menidurkan bayi sepatutnya menjadi detik bahagia bagi kalangan ibu-ibu, namun ada di antara kita yang mempunyai bayi yang susah untuk tidur atau mudah terjaga dari tidur. Ini pasti sangat meletihkan terutama bagi ibu-ibu yang bekerjaya kerana terpaksa berjaga di waktu malam. Selain itu tabiat ini juga akan mengganggu pertumbuhan otak bayi kerana sebahagian besar kerja-kerja hormon terjadi ketika bayi sedang tidur.

Ini menjelaskan bahawa tidur yang cukup dan nyenyak sangat penting dalam tumbesaran bayi yang sihat. Jom kita lihat apa punca bayi susah tidur dan bagaimana tips untuk menyelesaikannya.



Punca Bayi Susah Tidur

1) Kelaparan
Seperti kanak-kanak, bayi juga akan meragam apabila perutnya berasa lapar. Ibu -ibu disarankan untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin sekurang-kurangnya 4 jam sekali bagi mengelakkan bayi berasa lapar.

2) Demam atau Penyakit lain
Demam yang tinggi akan menyebabkan bayi berasa tidak selesa dan meragam. Jika bayi sering menarik atau menggosok telinga, ini mungkin petanda dia mengalami jangkitan di telinga. Jika bayi enggan menyusu, itu petanda dia mengalami radang pada rongga mulutnya. Segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan bagi si manja anda.


3)Perut kembung atau kolik
Ini adalah masalah biasa yang terjadi pada bayi-bayi kita. Jika perut mengembung atau keras, bayi akan sentiasa menangis dan menyukarkannya untuk tidur. Banyak punca yang boleh menyebabkan perut bayi kembung dan antaranya adalah posisi penyusuan yang tidak betul dan bayi tidak disendawakan selepas penyusuan.

4) Tumbuh gigi
Bayi yang sedang tumbuh gigi pasti akan meragam akibat dari ketidakselesaan pada bahagian gusinya. Bayi akan sentiasa merengek dan ada juga yang menolak untuk menyusu atau makan. Ibu-ibu boleh membantu bayi dengan menekan perlahan gusinya bagi mengurangkan kesakitan.


5) Suasana yang tidak selesa
Keadaan yang bising, panas atau lampu yang terlalu terang boleh menyebabkan bayi susah tidur atau pun boleh mengganggu tidurnya. Selain itu suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk juga boleh membuatkan bayi tidak selesa dan merengek.

6) Perubahan
Apabila dibawa ke tempat yang baru atau bertukar tempat tidur, selalunya bayi akan mengalami kesukaran untuk tidur. Ini kerana bayi anda sangat peka terhadap sebarang perubahan. Jika bayi terjaga dan menangis di tengah malam, tepuk-tepuklah dia dengan perlahan agar dia menyedari anda berada di sisinya.

7) Terlalu banyak rangsangan
Terlalu banyak aktiviti atau bermain di siang hari boleh menyebabkan bayi sukar tidur di waktu malam. Ibu-ibu boleh mendodoi dan membuat urutan ringan agar peredaran darah lebih lancar dan dapat menenangkan bayi.

Tips Untuk Memudahkan Bayi Tidur Dengan Nyenyak

1) Susukan bayi dengan tenang
Ketika bayi mula menunjukkan tanda untuk tidur, susukan dia dengan tenang dan peluk bayi sambil menepuknya secara perlahan-lahan. Ini bukan sahaja dapat menenangkan bayi malah dapat mengeratkan lagi hubungan (bonding) antara ibu dengan bayi.

 
2) Sendawakan bayi
Selepas selesai menyusukan bayi, pastikan anda membantunya untuk sendawa dengan menepuk perlahan-lahan belakangnya. Jika bayi tidak sendawa, selalunya bayi akan termuntah susu kembali dan ini boleh mengganggu tidurnya yang nyenyak.


3) Tepuk perlahan-lahan atau dodoikannya
Jika bayi sudah terlena, jangan terus ditinggalkan. Tepuk secara perlahan-lahan dan terus mendodoinya buat seketika agar dia tidak terkejut ditinggalkan bersendirian.


4) Suasana bilik tidur yang selesa
Pastikan bilik tidur selesa dengan cahaya yang malap, suhu yang tidak terlalu panas atau pun terlalu sejuk. Pastikan juga baju yang dipakai bayi diperbuat daripada kain yang selesa.


5) Lakukan urutan lembut
Selepas mandi atau sebelum tidur, anda boleh melakukan urutan lembut pada badan dan tapak kaki bayi agar dia lebih selesa dan berasa nyaman. Gunakan sabun dan minyak urutan yang sesuai dengan bayi dan dapat membantunya untuk tidur dengan lebih nyenyak dan selesa.




SET BABY SHAKLEE MEMBANTU BAYI TIDUR LEBIH NYENYAK



 1) Shaklee Baby Gentle Wash
Gentle Wash atau Mandian Bayi Shaklee ini mengandungi chamomile organik, lavender dan berasaskan lidah buaya yang sangat baik untuk kulit. Juga mengandungi ekstrak oat dan minyak zaitun untuk membersihkan kulit dengan lembut.
  • Lavender
    • Menenangkan sistem saraf bayi secara semulajadi.
    • Membantu bayi untuk tidur dengan lebih baik selepas mandi.
  • Aloe Vera
    • Kaya dengan Vitamin E secara semulajadi dan 96% terdiri daripada air
    • Menenangkan kulit bayi yang kering dan sensitif
  • Chamomile
    • Tinggi dengan antioksidan.
    • Menenangkan dan melindungi kulit bayi dari perengsa alam sekitar.
Mandian ini tidak akan meyebabkan sebarang rasa iritasi dan pedih, malah ia sangat lembut pada kulit. Bau yang harum ni akan menenangkan bayi dan lagi mudah untuknya tidur sebaik sahaja selepas mandi.

2) Shaklee Baby Massage Oil
Massage Oil atau Minyak Urutan Shaklee Baby ini diperbuat daripada minyak matahari organik, lavender dan chamomile untuk melembapkan kulit bayi. Minyak urut Shaklee Baby adalah 99% semulajadi dan mengandungi 99% bahan organik.
Urutan bayi adalah cara yang terbaik untuk bina ikatan antara penjaga dan bayi. Malah, ada kajian yang menunjukkan bahawa urutan boleh membantu menenangkan bayi, membantu pencernaan serta memperbaiki pattern tidur bayi.

3) Shaklee Baby Soothing Lotion
Shaklee Baby Soothing Lotion memastikan kulit bayi kekal lembut dan lembap. Ia telah diuji sesuai untuk kulit sensitif.
Lidah buaya dan minyak organik seperti Shea Butter, Sunflower Seed dan Kelapa membantu melembapkan kulit dan membajai nutrien kulit. Bila kulit lembap, ia dapat kurangkan kegatalan kulit akibat kulit kering.
Essential oils organik seperti Lavender, Chamomile, Rosemary dan Vanilla Fruit pula membantu memberikan wangian lembut dan menenangkan. Losyen ini juga tidak melekit.
Apabila kulit sihat dan tiada kegatalan, ia akan membuatkan bayi selesa dan mudah untuknya mendapatkan tidur yang nyenyak.

Testimoni




Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ini?

Untuk membuat pembelian secar terus menggunakan kad kredit/debit, sila klik butang E-Sell di bawah:





untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.


No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS