Pages

Punca Kayap Dan Cara Mengubatinya Dengan Berkesan

Thursday, March 22, 2018

Anda pernah terkena sakit kayap? Saya pernah dahulu, sekitar tahun 2010. Memang perit bila diingatkan balik, mula-mula demam, kemudian naik biji-biji ruam yang teramatlah gatal. 2 minggu cuti sakit dirumah. Anda yang pernah merasainya mesti faham kan betapa sakit dan gatal apabila terkena kayap ni. Jadi hari ini saya ingin kongsikan apakah sebenarnya punca penyakit kayap ini dan bagaimana cara untuk mengubatinya dengan berkesan.


Apa Itu Penyakit Kayap?

Kayap atau di dalam bahasa Inggeris dipanggil Shingles adalah jangkitan yang terjadi pada permukaan kulit yang disebabkan oleh virus Varicella-zoster. Virus ini adalah virus yang sama penyebab kepada penyakit chicken pox (cacar air).

Selepas chicken pox pulih, virus ini akan kekal dorman di dalam sistem saraf tubuh badan. Jadi sesiapa sahaja yang pernah mengalami chicken pox sangat-sangat berisiko untuk terkena jangkitan penyakit kayap.

Selain itu virus varicella-zoster ini juga tergolong di dalam kumpulan virus yang dipanggil virus herpes,itulah sebabnya kayap turut dikenali sebagai herpes zoster. Virus herpes boleh bersembunyi di dalam sistem saraf dan boleh kekal selama-lamanya. Ia hanya menunggu waktu yang sesuai (di mana imun berada di tahap rendah) untuk kembali aktif.


Punca Penyakit Kayap

Penyakit kayap akan menyerang apabila sistem imun tubuh badan menjadi lemah dan menyebabkan virus kembali aktif. Golongan yang berisiko adalah:
  1. Orang yang berusia : Semakin meningkat umur, tahap imun badan akan menjadi semakin rendah.
  2. Individu yang menghidap penyakit berkaitan imun seperti HIV dan AIDS.
  3. Individu di bawah rawatan kanser (kemoterapi dan radioterapi)
  4. Tekanan atau trauma - orang yang mengalami  tekanan emosi dan psikologi
  5. Pengambilan ubat - immunosupressive drugs
  6. Pesakit yang baru melalui pemindahan organ
  7. Kanak-kanak yang ibunya dijangkiti chicken pox di akhir kehamilan
Tanda- tanda Penyakit Kayap

Simptom-simptom kayap yang paling biasa adalah apabila kulit menjadi menggelembung berisi air seperti melepuh (blister). 
Selain itu pesakit akan berasa sakit mencucuk-cucuk di bahagian tertentu kulit. 

Peringkat 1 - Simptom-Simptom Awal Penyakit Kayap

1) Rasa sakit yang tidak tertahan, kebas-kebas, gatal-gatal pada bahagian tertentu kulit
2) Demam urat dan sakit kepala
Simptom-simptom ini selalunya berlarutan dari 1 ke 5 hari.


Peringkat 2 - Lepuh / Blister Muncul

1) Selepas hari ke 5, ruam akan mula muncul pada bahagian tertentu kulit
2) Ruam merah yang muncul menggelembung menjadi lepuh dan mengandungi cecair yang gatal
3) Ruam mungkin akan naik di sekitar muka, mata, mulut dan telinga
4) Kadang-kadang, kulit yang melepuh akan bergabung dan membentuk jalur berisi air pada badan
5) Lepuh yang baru akan sentiasa timbul dalam masa seminggu.


Peringkat 3 - Kering Berkeruping

1) Dalam masa 7 ke 10 hari, lepuh akan beransur-ansur kering dan membentuk keruping dan gugur dari tubuh. 
2) Parut-parut kecil mungkin terbentuk, dan pada ketika ini ruam tidak akan lagi berjangkit.


Jangkitan kayap biasanya akan mengambil masa selama 2 ke 4 minggu untuk sembuh sepenuhnya. Tahukah anda yang kayap ini boleh menjejaskan penglihatan? Ini kerana virus kayap optik boleh menyerang satu saraf oftalmik dan menyebabkan rasa sakit pada mata. 
Dalam sesetengah kes, kayap boleh menyebabkan pesakit kehilangan penglihatan samada sementara ataupun kekal.

Kaedah Rawatan Penyakit Kayap

Tujuan -tujuan utama rawatan adalah untuk:

  1. Meredakan kesihatan
  2. Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut
  3. Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya 'post herpetic neuralgia'
Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:
  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembung-gelembung air 
  2. Menggunakan ubat penahan sakitseperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac
  3. Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline
Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembung-gelembung air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitanm dan menghadkan jangkitan dari merebak. 

Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendpaat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta. 


Vaksin bagi menghalang penyakit herpes zoster boleh diambil individu yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada kontaindikasi kepada vaksin tersebut.


Bagaimana Merawat Kayap Menggunakan Supplemen Semulajadi?

Oleh kerana kayap berkaitan dengan sistem imun badan yang lemah, maka supplemen yang terbaik adalah set imun Shaklee.


Vivix 
- Vivix kaya dengan antioksidan dan resveratrol. Antioksidan yang sangat tinggi dalam Shaklee membantu meningkatkan tahap imun tubuh seseorang. 
- Ini membantu melawan penyakit supaya sembuh lebih cepat dan mengelak berlakunya serangan semula dalam jangka masa panjang. 

Nutriferon
- Dalam jangkitan kayap, tubuh badan sebenarnya diserang oleh virus yang sedia ada di dalam tubuh. 
- Virus ini kembali aktif dicetuskan oleh beberapa punca terutamanya imun badan yang lemah. 
- Nutriferon bertindak dengan meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan sekaligus bertindak memantapkan kembali sistem imun tubuh badan. 

Vitamin C
- Vitamin C mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi yang dapat membantu meningkatkan pertahanan tubuh badan pesakit
- Ini dapat membantu pesakit untuk sembuh dengan lebih cepat dan mengelakkan jangkitan berulang
- Selain itu Vitamin C menggalakkan sintesis kolagen yang membantu membentuk struktur kulit yang sihat. Ia juga amat sesuai untuk merawat luka dan parut. 

Kebanyakan pesakit yang luka kayapnya telah sembuh, akan mengalami sengal-sengal dan sakit saraf. Supplemen yang terbaik untuk saraf adalah :

B Complex
- B complex adalah vitamin yang bagus untuk kesihatan saraf dan memberikan kesan penenang semulajadi kepada pesakit. 
- Ini semestinya dapat membantu pesakit kayap yang mengalami masalah demam urat dan sakit-sakit badan (lenguh, kebas dan kejang)

Lecithin
- Lecithin dikatakan sebagai makanan untuk otak dan saraf. Ini sangat sesuai untuk pesakit kayap kerana kayap berkait rapat dengan sistem saraf. 


Testimoni Penyakit Kayap






Bagaimana Nak Dapatkan Set Kayap Ini?

Untuk membuat pembelian secara terus menggunakan kad kredit/debit, anda boleh terus klik butang E-Sell di bawah:




untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.


Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.


2 comments:

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS